pengalaman accident bagi orang perempuan, memang susah nak dilupakan.
ditambah pulak dengan accident motorsikal, sewaktu sedang mengandung 6 bulan.
sekarang, sejak cuti bersalin habis aku kembali bertenggek atas encek FZ setiap hari pergi dan balik pejabat..
sepanjang perjalanan, semestinya flashback yang kurang best datang..
masih terasa kepala bergegar akibat tersagat jalan raya..
masih teringat sedar2 dah terduduk dalam longkang..
2 perkara yang membuatkan aku bersyukur setiap kali teringat:
1- mujur aku mengandungkan adik, dan tidak lagi muat berbaju kurung. kalau baju kurung yang kainnya nipis, entah macam mana koyaknya lutut..
2- mujur aku pakai helmet baru yang muat2 kepala. kalau longgar dan helmet terpelanting, macam mana dengan kepala? ngerinya..
akibat banyak berangan, rasanya aku dah boleh senaraikan risiko naik motor. walaubagaimanapun aku martabatkan motor sebagai kenderaan paling praktikal untuk ke pejabat terutama di KL yang mana jalan rayanya padat macam tin sardin.
risiko 1: sama macam highway, banyak penunggang yang 'pandai' bawak slow tapi stay belah kanan jalan.
risiko 2: roadblock. bukan takut polis atau jpj, tapi orang yang wrong way patah balik.
risiko 3: pendatang2 asing yang naik basikal. wrong way jugak.
risiko 4: penunggang yang masuk simpang atau masuk kanan atau kiri tak bagi signal. tiba2 je. jenis ni dah 3 kali kena, 2 kali berlanggar tapi tak jatuh. kali ke-3, sagat jalan, koyak lutut.
risiko 5: paku, kaca atau kayu bertaburan atas jalan. ini kes nak kasi jatuh lepas tu pau. mintak dijauhkan..
risiko 6: hujan.
macam mana pun, tak kira apa kenderaan pasti ada risikonya.
cuma pesan aku kepada kaum wanita di luar sana yang juga membonceng seperti aku, tolong la pakai helmet tu betul2. banyak yang aku nampak, letak helmet ala2 tak mahu je.. jangan risau tudung penyek ye kak, kalau kepala kita yang penyek macam mana?