setiap kali hampir dengan 6hb march setiap tahun, aku mesti susah hati..
bukan apa, taktau apa nak bagi, nak celebrate macam mana, supaya dia tahu bahawa aku sayang pada dia dan hari istimewa tu disambut dengan istimewa juga.
tahun ini tahun ke-29.
tahun terakhir 20-an.
hadiah aku bagi sangat tak seberapa, bernilai kurang rm100.
tapi pendekatan aku kali ini ialah bagi barang yang memang dia gunakan.
kebetulan menggantikan barang yang lama. harap² dia suka.
kalau sebelum kahwin, rasanya aku lebih all out tentang hadiah.
sekarang, nampak kurang meriah. tapi ketahuilah, hadiah kurang meriah tapi sayang makin bertambah-tambah.. ♥♥♥
ada satu cerita tentang umur.
dulu aku tak mengaku yang dia lebih tua.
manakan tidak, lahir pada tahun yang sama. beza 6 bulan saja kata aku.
masuk tadika, ambik SPM masih pada tahun yang sama apa..
tapi kini, aku akui dia lebih tua.
kenapa? kerana bila tengok perkembangan anak 6 bulan dengan yang baru lahir, kan banyak milestone yang dah dicapai.. hehe.. ☺☺
kata-kata akhir yang kurang jiwangnya,
Abang, Selamat Hari Lahir (walaupun entri lambat sehari).
Semoga tercapai apa yang dihajati dan sihat selalu, dapat bawak kami jalan2. hehe.
Kami semua saaaayyyyaaaannngggggg walid! ♥♥☺☺