pagi² dah dapat soalan kontroversi yang kebanyakan wanita akan sentap. termasuk aku. pertanyaan "eh, awak pregnant ke?" membuatkan otak aku menerawang mengingat kembali kat mana aku campak korset aku dulu. sesungguhnya penimbang semalam tak menipu nampaknya. 3 kilo berlebihan itu semestinya di perut dan mungkin tahap visibility yang tinggi membuatkan soalan itu terpacul dari mulut si tukang tanya. walaubagaimanapun, terima kasih penimbang kerana jujur dengan aku dan memberikan berita gembira dan sedih itu. gembira bila irfan naik kilonya, dan sedih tentang lemak degil di perut tuan tanah. tak apa.. aku akan diet ala² manja supaya 4 botol masih dapat diisi penuh setiap hari.
jumaat hari berpakaian kasual di pejabat. walaupun sedar lebih elok sekiranya berbaju kurung di penghulu segala hari ini, aku tetap mengenakan jeans juga. ish ish.. geleng kepala. tiba² pagi tadi naik lif bersama seorang makcik cina, cantik berbaju kebaya. deng! tak ke terbalik namanya tu.. ish ish ish lagi sekali..