Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, March 26, 2012

first hair cut

rambut irfan dah panjang.
ada juga yang selalu tersilap, ingatkan girl.
jadi ummi pon dah geram. plan asal nak trim sendiri.
tapi setelah berfikir secara rasional, untuk tidak menggonjengkan anak, jom bawa dia ke kedai mamak.

alkisah lawatan ke kedai mamak:

ummi menanti di rumah dengan debaran. (macam anak pegi perang je gamaknya)
dengar bunyi pintu dibuka dan ya, dengan tangisan syahdu sekali.
ummi pon dukung, peluk2 bawak dia pergi mandi.
reda tangisan, pakai baju, bedak wangi2, ummi pon interview.

ummi: irfan pegi gunting rambut kat kedai mamak?

irfan: kedai mamak..

ummi: mamak tu garang tak?

irfan: tak..

ummi: gunting rambut sakit ke?

irfan: tak..

ummi: abis tu kenapa irfan nangis?

irfan: ifan datal.. lepas tu ifan nanes.. (pelat beb.. hehe)

hahahha.. tak larat nak gelak sebenarnya. dia nangis sebab gatal. rambut banyak la cucuk2 bahu sebab tak nak pakai kain hitam tu.. dalam hati aku dah risau kalau botak terus. dah la nak tunggu panjang mak datuk punya lama.. nasib baik orait juga hasilnya walaupun ada bahagian yang tak sama.. irfan.. irfan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...