Saturday, October 30, 2010
malang itu tiada bau!
tiba2.. dapat berita irfan jatuh..
bibir merah, macam kesan darah beku..
MIL kata lepas jatuh makan minum tidur main ok..
cuma risau semalam tido dalam buai sekejap 2 kali dia terkejut dan menggigil..
dukung dia, dapat rasa satu badan shaking..
risau.. risau.. risau..
dah bawak jumpa doktor.. dapat ubat sapu + antibiotik..
menggigil tu mungkin sebab masih terkejut..
dalam kereta semalam, on the way balik pandan dia tido di riba..
2,3 kali terkejut dan menggigil lagi..
aku peluk, belai, dodoikan..
lama2 ok.. dah sampai angkat letak atas katil tido macam biasa sampai pagi..
alhamdulillah!
masih monitor dalam 24 jam ni..
irfan kuat kan sayang!
aku tak salahkan sesiapa, yang penting si bucuk itu ok!
Tuesday, October 26, 2010
utamakan keselamatan..
kenal tak orang ni?
jumaat lepas dengar ceramah dia kat menara..
memang lenguh rahang sebab gelak overdose.. abeh semua urat lawak gua di-activate.. ☺
selalu tengok dia kat Malaysia Hari Ini, tapi tengok live lagi best!
dalam lawak2 (lucah) tu, banyak info berguna sebenarnya..
secara ringkas tentang peragut:
1) paling senang diragut --> handbag tali panjang. bahaya sangat kalau dipakai silang, sbb kebanyakan yang meninggal sebab diseret.
2) paling susah diragut --> handbag tali pendek yang melekat kat ketiak.. ☺ tapi kalau diragut jugak, bahaya sebab biasanya akan kena penumbuk sbb dia nak kita lepaskan / akan ada kesan luka yang dalam kalau dia guna pisau nak potong tali.
3) jarang diragut --> jalan2 bawak purse sahaja atau beg2 free yang kita dapat tu (contoh: paperbag). peragut akan ingat orang ni mesti sengkek.
kesimpulan: kalau diragut, biar je dia ambik. jangan lawan.
banyak jugak dia kasi tip2 untuk lawan orang jahat(perogol). takut gile rasa.. sangat la tak kuat..
satu lagi, gua pegi ceramah tentang kanser serviks. yang ni pon kecut perut jugak..
ada gambar2 yang menakutkan.. kanser pembunuh wanita ke-2 tertinggi tu..
kesimpulan:
1) wanita yang sexually active sangat berisiko. jadi perlu buat pap smear dengan kerap. 6 bulan sekali lagi bagus.
2) kita boleh elak dengan mengambil imunisasi. ada 3 dos semuanya. asyik nak cucuk anak je, mak pon kena cucuk jugak ye.. hehe..
risiko mula meningkat untuk wanita 30 tahun ke atas.. risiko paling memuncak waktu umur 60 - 65 tahun. so kita kena tanya mak kita, ada abnormality tak pada haid ke apa (walaupun menopause)
nota kaki: dah bayar deposit utk imunisasi tu, tetiba seram lak nak kena cucuk. hampeh.
nota kaki 2: en. kamal affendi sangat macho. ahak!
Monday, October 25, 2010
kes fridge tak rapat jugak?
tak sangka jadi jugak hari ni..
dah nangis2 sebab sedih..
bukan senang nak dapat..
tapi dah tertulis, jadi mesti jadi..
nasib baik tak banyak yang cair..
irfan, esok sila habiskan ok..
ok la, nak lupakan kesedihan..
plant vs zombie jom! hehe..
saya seronok! weee....
disebabkan habit suka baling barang.. dan bola2 yang banyak tu dibaling sampai penat ummi nak kutip..
awak kena duduk dalam rumah je tau..
tapi selalunya bila awak dah buat muka comel..
awak dah nangis sampai meleleh air mata..
terpaksa angkat keluar jugak.. pandai betul berlakon ek..
akhirnya, pool awak tu buat mandi..
bukan main suka lagi!! ☺☺
akhir sekali, ummi tambah lagi mainan untuk irfan..
Rock-a-Stack dengan Baby's First Blocks..
sape yang excited ni sebenarnya? ☻☻
Saturday, October 23, 2010
permainan baru, yay!
mula2 irfan macho je, masuk duit, start gerak tetiba jadi takut pulak..
tapi maintain hensem, muka kelat2 sikit je.. :D
lepas tu jalan2 tesco, ummi nak cari mainan baru untuk saya!
balik rumah, perkara pertama walid buat --> pam pool irfan..
ummi pulak, tuang 1 plastik bola dalam tu.. yay! bestnya!
Wednesday, October 20, 2010
gigit gigit tamau ek..
tapi MIL kata dia ok, main², makan, tido.. takde meragam..
taktau la nak demam jangkit dengan walidnya atau sebab gigi nak keluar..
tapi mmg visible, kat gusi bawah kiri..
raba² dengan jari rasa dah separuh kot..
irfan takmo gigit nanti tau! ayok.. ngeri.. ☺☺
pasal rumah, proses dah bermula..
mak dah mula berangan nak shopping sakan kat ikea.. heh!
tapi lepas ni kena berjimat..
no more al-rawsha 3,4 kali sebulan..
no more baju baru banyak utk irfan.. (sikit boleh kot.. hehe)
no more berbelanja ikut nafsu nafsi..
berangan lagi, next year boleh buat birthday party irfan kat rumah baru..
tepi pool lagi nyah! best gile!
nota kaki: tapi ada makhluk yang memang gua takkan jemput.. berani kau kutuk anak aku lagi.. perang dunia mari!!
Tuesday, October 19, 2010
teruskan usaha~!
jadi dapat diluangkan masa 3 kali bikin 'projek'..
sebolehnya setiap hari, jam 10, 1.30 dan 5.00..
tapi tak selalu dapat macam ni..
biasanya hanya dapat 2 kali..
memandangkan stok makin surut.. (ya, takut tengok dalam fridge.. kalau tak cukup macam mana??)
gua sekarang sedang cuba minum susu kambing HiGOAT+Habbatus Sauda+Madu..
kalau campur semua baru sedap sikit..
sumber dari seribudinar.com.my tentang habbatus sauda:
"Kajian 1979 ( Agarwhal) dan 1989 ( Universiti Potchefstroom), ia meningkatkan pengeluaran susu bagi ibu-ibu yang memberi susu badan."
selalunya harian hanya dapat 11 - 14 oz..
tapi semalam total dapat 17!
mungkin kebetulan, tapi kalau diizinkan Allah semua boleh jadi ye tak..
yang penting kita usaha..
jom sama² mommy nasri! ☻☻
Monday, October 18, 2010
pencarian berakhir?
malam ni dah try, dari opis ke rumah..
kalau federal highway cantekk je, berdesup boleh sampai..
lebih kurang 15km.. ok la tu!
Wednesday, October 13, 2010
Irfan - kesyukuran
sedap semuanya..
ramai kawan² irfan lahir tahun ni..
nama?
Alya Darwisyah
Muhammad Rayyan Iman
Muhammad Adam Rizqi
Muhammad Ahnaf Zikri
Arianna An Nur
ramai lagi sebenarnya, tapi ini semua anak geng kamcing ummi dgn walid..
yang belum lahir pun ramai..
tapi antara semua, Irfan abang! hehe..
kalau ikutkan, kami paling awal kawin.. 2008..
tapi agak lambat 'lekat' irfan.. hampir 10 bulan baru dapat berita gembira..
agaknya irfan nak lahir tahun yang sama dengan kawan² dia kot..
jadi, irfan dapat pegi melawat semua kawan2 dia yang baru lahir..
tambah sekarang, kalau biar tanpa kawalan mesti dia nak picit baby tu..
maklum la, aku kan abang! hehe..
ramai jugak yang tanya tentang nama anak bucuk ensem kesayangan ummi ni..
irfan je nama dia?
a`ah.. Muhammad Irfan je..
kami sengaja pilih nama yang ringkas, baik maknanya..
bukan apa.. nama walidnya dah panjang.. esok penat nak tulis borang!
nota kaki: gua tulis entri ni sambil goyang2 kepala, bahu.. sedap gila lagu Maher Zain yang ni.. (Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki))
nota kaki 2: anak ummi tak boleh jadi penyanyi ek!
Tuesday, October 12, 2010
tukar angin?
tiba2 nampak sikit cahaya di tempat lain..
tapi
kalau tukar pejabat, tukar sahabat, tukar tempat..
takut takde masa, takde port nak selesaikan hajat..
5/6 botol sehari tu beb..
nota kaki: ya, stok dah makin surut.. aduhh..
Thursday, October 7, 2010
Wednesday, October 6, 2010
jom derma darah!
dah lama tak derma darah..
sejak mengandung dulu sampai sekarang..
teringin sangat! tambah nampak advertisement tentang ni banyak tampal di lif ofis..
jom check, dah boleh derma ke?
Kepentingan menderma darah
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :
- Mangsa kemalangan
- Pesakit yang menjalani pembedahan
- Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
- Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
- Ibu yang mengalami tumpahan darah
Anda layak menderma sekiranya
- Berumur 18 tahun ke atas --> terlebih sudah!
- Berat badan 45 kg dan ke atas --> er.. atas pagar, tapi boleh kot..
- Sihat tubuh badan --> sihat.. sihat!
-
Sihat pada hari menderma --> ok
-
Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah --> ok
-
Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas --> ok
-
Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas --> ok
-
Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas --> ok
-
Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas --> ok
-
Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas --> ok
-
Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun ----> oh! nampaknya masih takde rezeki.. point di bawah tak payah baca dah..
-
Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
-
Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
-
Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C
pam sudah rosak??
lebih kurang 6 bulan (sejak masuk keje) jugak la gua usung beg susu tu ke hulu ke hilir..
penah ada orang tersilap, ingat beg projector..
penah ada orang pelik, nak p mana la minah ni bawak beg bagai..
alhamdulillah, walaupun kais pagi makan esok pagi.. kais petang makan petang..
dan stok tidaklah melimpah ruah sampai tak cukup space dalam fridge..
sampai hari ni irfan masih tak merasa susu lembu..
sampai dah umur 8 bulan pon max irfan hanya minum 4oz satu sesi..
tinggal 5 botol pon selalu balik ada lebih lagi..
tambah dengan makan bubur lagi.. kenyang agaknya..
pandai la kamu irfan, tau setakat mana ummi mampu..
sepanjang 6 bulan, medela harmony sangat berjasa..
lepas tu baru upgrade sikit, beli swing pulak..
tapi, hari ni hari malang gua!
mulanya, bangun 3 pagi semalam.. mau bikin projek macam biasa..
tapi pam tu rasa pelik semacam.. ada macam bunyi angin taktau kat mana..
dan suction sangat kurang, kuatkan pon tak terasa..
pagi sebelum pegi keje, ingat nak bawak spare corong tu..
mana la tau yang lama ada masalah.. tup tup lupa!
maka, sesi pagi menyaksikan air mata gua nak tumpah.. sedihnya!!
makin teruk, langsung tak keluar..
try swing tak boleh, harmony pon tak boleh.. maknanya bukan motor atau manual handle tu yang rosak.. tapi tang mana yang tak kena??
sudahnya, auto tak boleh, manual tak boleh, gua pakai conventional!
dan hasil hanya separuh dari biasa.. huwwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
Monday, October 4, 2010
house hunting 2
jumpa lagi satu rumah, dah pegi tengok..
tuan rumah lama, family.. nak pindah sebab dah ada rumah baru di shah alam..
masuk je, terus feels like home..
3 bilik, 2 bilik air.. (bilik air besar okeh)
setiap bilik + hall ada air-cond.. ada kitchen cabinet + stove..
lantai bilik dah ganti tile baru (parkir sebelum ni)
environment ok, ada swimming pool (dah berangan bawak irfan main air kat situ)
kekurangan, size hanya 832sqft dan tingkat 4 naik tangga..
(kalau set sofa besar2 tak muat nak letak dan kalau buat open house terpaksa pakai sistem berjadual.. kalau datang serentak semua roboh rumah mak!)
kalau ikutkan family kecik kami sekarang, dah sangat selesa..
tambahan harga yang berpatutan dengan ekonomi keluarga..
cuma, fikir untuk jangka masa panjang..
ke nak beli rumah besar terus?
kalau nak cari yang besar terus mungkin akan semput dari segi belanja bulanan..
mak pening nyah!
Friday, October 1, 2010
dilema
keputusan kami, mungkin akan mengecilkan skop pencarian.. hanya tumpu pada kawasan yang hampir dengan pejabat..
tapi..
aku terfikir, macam mana dengan irfan?
jawapannya sudah tentu kami perlu cari pengasuh..
bila terfikir tentang pengasuh pula, mula la imaginasi liar muncul..
tambah dengan berita setiap hari yang tak mampu untuk aku terima..
dah macam trend, surut cerita bayi kena buang, muncul pulak cerita bayi meninggal di nurseri..
ingin sekali nak terus biarkan irfan berada dalam tangan yang selamat, opahnya..
tapi, kalau kami decide untuk beli rumah area berdekatan, PIL mungkin tak lama tinggal di sana..
sebabnya FIL dah pencen, mungkin akan berhijrah balik ke kampung..
jadi? kalau dah beli, takkan nak jual cari yang lain pulak?
jauh tu nak ke pejabat, dekat 40km kot.. aduh..
berbalik pada cerita bayi di nurseri..
tak dapat dibayangkan, anak yang kita tinggalkan pagi ceria, bergelak ketawa tiba2 kaku tak bernyawa..
aku juga ada mengikuti beberapa kisah anak2 bersemangat waja yang diuji oleh yang maha Esa seperti Alanna, Rayyan Ariff dan Mawaddah..
mungkin salah satu hikmahnya, sekiranya amanah Allah yang dipinjamkan ini diambil semula, jauh di lubuk hati yang paling dalam, sudah tersemat rasa 'bersedia'..
mungkin.. hanya mereka yang melalui akan faham..
tapi, kalau difikirkan semula semua sudah tertulis perjalanan kita bagaimana.. kan?