pejam celik pejam celik dah 8 bulan bf..
lebih kurang 6 bulan (sejak masuk keje) jugak la gua usung beg susu tu ke hulu ke hilir..
penah ada orang tersilap, ingat beg projector..
penah ada orang pelik, nak p mana la minah ni bawak beg bagai..
alhamdulillah, walaupun kais pagi makan esok pagi.. kais petang makan petang..
dan stok tidaklah melimpah ruah sampai tak cukup space dalam fridge..
sampai hari ni irfan masih tak merasa susu lembu..
sampai dah umur 8 bulan pon max irfan hanya minum 4oz satu sesi..
tinggal 5 botol pon selalu balik ada lebih lagi..
tambah dengan makan bubur lagi.. kenyang agaknya..
pandai la kamu irfan, tau setakat mana ummi mampu..
sepanjang 6 bulan, medela harmony sangat berjasa..
lepas tu baru upgrade sikit, beli swing pulak..
tapi, hari ni hari malang gua!
mulanya, bangun 3 pagi semalam.. mau bikin projek macam biasa..
tapi pam tu rasa pelik semacam.. ada macam bunyi angin taktau kat mana..
dan suction sangat kurang, kuatkan pon tak terasa..
pagi sebelum pegi keje, ingat nak bawak spare corong tu..
mana la tau yang lama ada masalah.. tup tup lupa!
maka, sesi pagi menyaksikan air mata gua nak tumpah.. sedihnya!!
makin teruk, langsung tak keluar..
try swing tak boleh, harmony pon tak boleh.. maknanya bukan motor atau manual handle tu yang rosak.. tapi tang mana yang tak kena??
sudahnya, auto tak boleh, manual tak boleh, gua pakai conventional!
dan hasil hanya separuh dari biasa.. huwwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!