Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, October 6, 2010

jom derma darah!



dah lama tak derma darah..
sejak mengandung dulu sampai sekarang..
teringin sangat! tambah nampak advertisement tentang ni banyak tampal di lif ofis..

jom check, dah boleh derma ke?

Kepentingan menderma darah

Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :

  • Mangsa kemalangan
  • Pesakit yang menjalani pembedahan
  • Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
  • Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
  • Ibu yang mengalami tumpahan darah

Anda layak menderma sekiranya

  1. Berumur 18 tahun ke atas --> terlebih sudah!
  2. Berat badan 45 kg dan ke atas --> er.. atas pagar, tapi boleh kot..
  3. Sihat tubuh badan --> sihat.. sihat!
  • Sihat pada hari menderma --> ok

  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah --> ok

  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas --> ok

  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas --> ok

  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas --> ok

  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas --> ok

  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas --> ok

  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun ----> oh! nampaknya masih takde rezeki.. point di bawah tak payah baca dah..

  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas

  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas

  • Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C

Next time ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...