dilema tentang pencarian rumah..
keputusan kami, mungkin akan mengecilkan skop pencarian.. hanya tumpu pada kawasan yang hampir dengan pejabat..
tapi..
aku terfikir, macam mana dengan irfan?
jawapannya sudah tentu kami perlu cari pengasuh..
bila terfikir tentang pengasuh pula, mula la imaginasi liar muncul..
tambah dengan berita setiap hari yang tak mampu untuk aku terima..
dah macam trend, surut cerita bayi kena buang, muncul pulak cerita bayi meninggal di nurseri..
ingin sekali nak terus biarkan irfan berada dalam tangan yang selamat, opahnya..
tapi, kalau kami decide untuk beli rumah area berdekatan, PIL mungkin tak lama tinggal di sana..
sebabnya FIL dah pencen, mungkin akan berhijrah balik ke kampung..
jadi? kalau dah beli, takkan nak jual cari yang lain pulak?
jauh tu nak ke pejabat, dekat 40km kot.. aduh..
berbalik pada cerita bayi di nurseri..
tak dapat dibayangkan, anak yang kita tinggalkan pagi ceria, bergelak ketawa tiba2 kaku tak bernyawa..
aku juga ada mengikuti beberapa kisah anak2 bersemangat waja yang diuji oleh yang maha Esa seperti Alanna, Rayyan Ariff dan Mawaddah..
mungkin salah satu hikmahnya, sekiranya amanah Allah yang dipinjamkan ini diambil semula, jauh di lubuk hati yang paling dalam, sudah tersemat rasa 'bersedia'..
mungkin.. hanya mereka yang melalui akan faham..
tapi, kalau difikirkan semula semua sudah tertulis perjalanan kita bagaimana.. kan?