Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, October 26, 2010

utamakan keselamatan..



kenal tak orang ni?

jumaat lepas dengar ceramah dia kat menara..
memang lenguh rahang sebab gelak overdose.. abeh semua urat lawak gua di-activate.. ☺

selalu tengok dia kat Malaysia Hari Ini, tapi tengok live lagi best!
dalam lawak2 (lucah) tu, banyak info berguna sebenarnya..

secara ringkas tentang peragut:

1) paling senang diragut --> handbag tali panjang. bahaya sangat kalau dipakai silang, sbb kebanyakan yang meninggal sebab diseret.

2) paling susah diragut --> handbag tali pendek yang melekat kat ketiak.. ☺ tapi kalau diragut jugak, bahaya sebab biasanya akan kena penumbuk sbb dia nak kita lepaskan / akan ada kesan luka yang dalam kalau dia guna pisau nak potong tali.

3) jarang diragut --> jalan2 bawak purse sahaja atau beg2 free yang kita dapat tu (contoh: paperbag). peragut akan ingat orang ni mesti sengkek.

kesimpulan: kalau diragut, biar je dia ambik. jangan lawan.

banyak jugak dia kasi tip2 untuk lawan orang jahat(perogol). takut gile rasa.. sangat la tak kuat..

satu lagi, gua pegi ceramah tentang kanser serviks. yang ni pon kecut perut jugak..
ada gambar2 yang menakutkan.. kanser pembunuh wanita ke-2 tertinggi tu..

kesimpulan:

1) wanita yang sexually active sangat berisiko. jadi perlu buat pap smear dengan kerap. 6 bulan sekali lagi bagus.

2) kita boleh elak dengan mengambil imunisasi. ada 3 dos semuanya. asyik nak cucuk anak je, mak pon kena cucuk jugak ye.. hehe..

risiko mula meningkat untuk wanita 30 tahun ke atas.. risiko paling memuncak waktu umur 60 - 65 tahun. so kita kena tanya mak kita, ada abnormality tak pada haid ke apa (walaupun menopause)

nota kaki: dah bayar deposit utk imunisasi tu, tetiba seram lak nak kena cucuk. hampeh.

nota kaki 2: en. kamal affendi sangat macho. ahak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...