Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, December 19, 2008

Bebelan ku..

Jumaat.. standed, mmg hanya akan menunggu jam 5..

Sepagi ini, aku hanya habiskan masa membaca blog..
Memang aku tau.. aku bukan pekerja yg rajin, dah la baru, tak sedar diri, malas..
Adakalanya rajin juga, tp betul2 tiada mood hari ni..
Ada data baru, mau dibikin seperti apa yg diminta, tapi tidak mau jadi..
Ada lagi masalahnya.. tidak pandai + malas mau pikir..

Dalam otak ada macam2.. serabut.. sangat serabut..

Setelah sekian lama agak sibuk, tak sempat mau baca blog² kegemaran..
Hari ni aku habiskan baca cerita fynn..
Sungguh, dia mmg berbakat.. tapi entrinya panjaaaangg...... amat..
Penat juga mata, tapi meh aku puji lagi.. berbakat, titik.
Baca cerita²nya buat aku berfikir.. betul² berfikir..

Dalam kekecewaan ini, dengan kata² orang tua.. kehendak diri sendiri..
Otak mula kalut memikirkan hikmah² yg tersedia..
Walaupun hanya utk sedapkan hati.. asal tidak menangis di sini..

Betapa aku kalut memikirkan aku akan ditinggalkan keseorangan dirumah nanti..
Walau dikata tidak pandai berdikari, peduli apa??
Siapa yg tahu hidup aku??
Sekian lama hidup di negeri orang, jauh dari perlindungan ibu-bapa.. aku hanya mengharap jagaan dia..
Dan bila dengar ura² itu menjadi kenyataan, aku jadi kalut, kalut amat!
Pernah aku menangis di depannya.. seingat aku juga, tangisan itu tak diendahkan..
Sungguh, aku takut..
Bagaimana utk pergi-pulang kerja sendiri mungkin boleh walaupun mesti penat..
Bagaimana utk memaksa mata terpejam bila sedar hanya aku seorang dirumah itu..
Bagaimana nanti bila aku rindu untuk jamu makan dia, utk perkara² lain juga..

Tapi, bila dibaca semula seperti tiada ada yg perlu ditakutkan..
Entah..

Bila serabut, mmg semua susah..

Bila fynn cerita ttg suami dia.. Aku juga teringat suami aku..
Comel.. kadang² dia buat perkara comel.. geram!!
Bila balik kerja, bila lambat buka pagar juga dibebelnya..
Bebel manja, aku tau.. layankan aja..
Dia sering kata, aku kalau diganggu ketika tidur buat perkara pelik..
Kalu dia cium pipi aku, akan aku lapkan, dah kalihkan badan.. ye ke??
Mana sedar..
Dia juga, selalu tidur menghadap dinding.. macam nak dipeluknya dinding tu..
Mana aci.. Tapi katanya dinding sejuk.. sbb kipas siling berat ke arah aku..
Alasan jugakkan tu.. sama la kita..

Jika kamu² pening apa yg aku ingin sampaikan..
Aku juga.. kerana dalam kepala sekarang ada macam² cerita..
Semuanya bercampur dan tidak tahu mana nak ditayangkan dahulu..

Sungguh, aku kusut!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...