Bangun - 8 pagi
Tujuan: Hantar mak ke pejabat
Keadaan: Smooth and silky.. Kalau dibilang kereta atas jalan mungkin hanya 20 bijik sahaja
Sarapan pagi: Roti jala + peknga (lempeng kelapa bahasa KL) + kari daging
Harga: Murah sahaja!
Apa yang nak aku cerita ni?
1) Betapa nyamannya kalau balik kampung, tiada kesesakan..
2) Udara juga aku rasa 100% lebih nyaman.. (aku rasa la..)
3) Jarak dari rumah ke pejabat juga hanya 10 minit. Rasanya kalau terdesak sangat pon jalan kaki boleh lagi tu..
Masa sedang makan, kami jumpa sekumpulan pasukan penyelamat + penjaga keamanan negara.. Juga sedang layan sarapan pagi..
Kata kaka, agaknya sapa yg jaga keselamatan skarang ek?
Mungkin perompak akan cakap.. "Ok geng, kita start rompak masa depa tengah makan. Depa makan lama.."
Kumpulan yang tengah syok makan tu juga akan cakap, "Takpa, tak lari pi mana aih peghompak tu.. lagipun bomoh kan ada.." (kui kui kui!)
Pendek kata, kalau diberi pilihan mmg aku mau transfer balik Kedah..
Nota kaki: Dialog di atas hanya imaginasi liar kami. Tidak bermaksud menyinggung sesiapa. Ampunkan kami penunggu gua, ampunkan kami penunggu gua..