Sungguhpun hari ini aku amat tidak produktif..
Selepas terbaca berita hari ni, membuatkan aku terfikir..
Terfikir tentang kehidupan..
Kenduri air mata
Kangar: Majlis akad nikah dijadualkan esok, manakala kenduri pada Sabtu ini sudah diatur, tetapi kini hanya tinggal kenangan. Ini kerana bakal pengantin lelaki terbunuh selepas motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah motosikal lain sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Kampung Sungai Padang, dekat sini, petang kelmarin.
Bagaimana jika kebahagian direntap begini..
Aku tak dapat bayangkan bagaimana perasaan pasangan mangsa..
Sebelum kawin dulu, aku juga selalu terfikir hal-hal begini..
Bagaimana jika terjadi sesuatu pada aku atau kaka?
Atau jika pengantin lelaki yg ditunggu tidak tiba?
Perkara begini sungguh terjadi.. maka membuatkan aku takut..
Apa lagi yang perlu dikatakan, kita perlu redha..
Tuhan telah menentukan kehidupan kita, bagaimana coraknya..
Selain kisah sedih begini, ada kalanya juga manusia akan dapat apa yang paling dia inginkan..
Contohnya cahayamata yang dinanti sekian lama, atau pertemuan jejak kasih antara ibu dengan anak yang terpisah 30 tahun lamanya..
Semalam aku baru tonton siri Ghost Whisperer kegemaran aku..
Yang mana Melinda dapat kembali suaminya.. Suaminya yang telah meninggal dunia!!
Memang cerita hanya cerita..
Tapi bagi mereka yang kehilangan, tentunya ada sedikit harapan..
Harapan untuk memperolehi kembali kebahagiaan..