Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, March 16, 2009

Sejauh mana pengorbanan anda?

Tajuk mungkin agak gempak..
Tapi gua dalam dilema skarang ni..

Adik-adik nan terchenta ada di rumah..
Gua selaku kakak sulung yang berkaliber, tak berapa sampai hati nak tinggal diorang kat rumah..
Tapi di atas tuntutan tugas, terpaksa keje jugak hari ni dan esok sementelah mereka ada disini..
Weekend hari tu ok la.. bole bawak pusing² KL..
Hari ni, kerisauan melanda la jugak memikirkan soal pemakanan dan keselamatan mereke itew..
Bukan itu dilemanya..
Rasanya tiada masalah tentang itu, makanan sudah dimasak dari jam 5.45 pagi..
Cukup la kiranya untuk tambah 2,3 kali hatta 6 kali sekalipun..
Pintu rumah juga sudah dikunci..
Telefon juga sudah 3 kali setakat ini..

Insyaallah, semua ok..

Tapi, yang gua pening, ini malam sudah janji mau pergi nonton wayang..
Semalam sudah khatam Race to Witch Mountain..
Hari ni pulak?

GENG: PENGEMBARAAN BERMULA - dah tgk dah..
THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON - nak kasi pening adik gua keh?
DRAGONBALL EVOLUTION - tak layan ar.. Goku mat saleh? macam tak best..
JIN HUTAN - isk.. cerita tahyul tak baik untuk kesihatan..
JONAS BROTHERS: THE 3D CONCERT EXPERIENCE - ni movie ke konsert?

Pendek kata.. kalau disenaraikan semua movie pon, semua tak menarik..
Tapi kalau tak tengok wayang, mana lagi nak bawak diorang jalan?

Kalau tanya Nana, dia akan ajak tgk ni!!!! --> SAYANG YOU CAN DANCE
Ini la dilema gua!
Sanggupkah mau nonton cerita yang gitu², hanya untuk orang tersayang anda??
Aduhhh.. sanggupkah?? sanggupkah??!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...