Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, November 11, 2008

Mari ubah persepsi..

Hari ni aku ambik keputusan utk tulis tentang isu yg agak kontroversi.. (yeke??)
"Pemandu Wanita"

Aku juga wanita.. mungkin tergolong dalam golongan "itu" kalau kaka bagi stereng kereta..
hahaha.. penakut masalahnya.. skarang dah lama tak bawak kereta - sbb sejak lesen P mati, belom renew lagi..

Walaupun aku tak cekap, tp sakit hati kalo tgk org lain bwk cenggitu.. bole tak?
Lebih kurang tak sedar diri la jugak..
Tapi aku dah terbiasa dgn kaka, dlm kereta mulut asyik bising kalo tak puas ati dgn kete lain.. Tp bising antara kami je la..

Antara cenggitu yg aku maksudkan tu:

1) Dok lane kanan sekali, tp lembap!! Penah skali aku jumpa, ada makcik ni bawak slow gile pastu bila org high-beam ke hon ke dia marah org tu balik.. adoi..
2) Teori kaka, kalo nampak kete yg bagi signal lama gila tp tak masuk2.. pompuan la maknanya tu.. aku rasa ni mesti disebabkan dia berhemah.. nak masuk simpang 1km sebelum dah bg signal kot..
3) Main tukar lane suka ati.. aku pon bengkek gak.. biasanya kalo kitorang atas moto, tgh agak laju tu tetiba je kete masuk.. hai.. mmg hangin!!
4) Ni kejadian depan mata, tengah nak belok tetiba kete depan naik divider.. (bila tgk driver, "patutla...."). Tp ni aku pon penah.. kwang3x..

Bukan nak mengutuk kaum sendiri atau apa, dan aku pon mengaku lebih kurang je macam tu.. tapi.. membahayakan sebenarnya.. ramai ke macam tu ek?

Aku penah je naik kete dgn kawan2 pompuan, dorang drive cekap je.. dalam hati aku kagum.. maknanya lebih ramai yg cekap dari tidak.. disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga..

Dan, bukan takde lelaki yg juga loqlaq macam tu.. setiap kali jumpa aku akan cakap pada kaka "alah.. lelaki pon sama la..."

Kesimpulannya cuma 1, berhati-hati di jalan raya.. Anda mampu mengubahnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...