Maka, saya akan coretkan ringkasan peristiwa² yg berlaku utk tatapan diri sendiri dikala boring.. (apekah??)
*Bukan mengikut turutan, yg mana ingat je ni*
a) Dapat email mengenai event ini.. maka tersenyum sendiri mengenangkan kenangan indah kami bertempiaran di sekitar kota Kuala Lumpur dulu.. Race sakan ditengah matahari terik, smp muka jadi merah macam lobster di-BBQ dan tidak lupa menang tmpt ke-4!! Kemenangan yg amat diluar jangkaan, namun.. Terubok Rock!!
b) Aku berjaya menahan diri dari memaki sepenuh hati mamat mana tah yg begitu menduga kesabaran aku.. (Kisah sebenar mungkin akan diceritakan sepenuhnya di masa hadapan jika identiti sebenar mangkuk tu dapat dikenalpasti)
c) Dapat pekena naan cheese yg lazat setelah frust beberapa kali.. (bukan mengidam okeh??).. Lepas tu tetiba rasa pening dan mual.. adoi.. (bukan juga berbadan dua, dijangka berpunca dari naan cheese tersebut).. :)
d) Berjaya meng-iron baju kaka utk seminggu.. Wah, saya amat bangga dgn diri sendiri kerana amat rajin minggu ini.. (tepuk tangan sendiri..)
e) Layan cite "Game Plan" kat star movies semalam.. Best gile!! CD dia dah lama beli tp tak tgk² lagi.. Ensem ek The Rock tu?? hehehe
f) Ada sedikit masalah berkenaan kerja dan mungkin akan menjejaskan prestasi tahun ini.. (mati gue...). Harap dah setel dan akan bertahan lebih lama dari 2 hari.. "Allah dah tetapkan rezeki, kalau tak dapat kali ini mungkin Dia janjikan lebih lagi nanti.."
Tak dapat recall dah perkara lain lagi..
*Lega, lepas tulih entri ni.. Macam beban dah dicampak jauh²..*
*Betapa hebat penangan blog..*