Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label tentang aku. Show all posts
Showing posts with label tentang aku. Show all posts

Saturday, January 31, 2009

Awet muda sangat pon susah jugak..

Aku..
Orang yg kenal ok, takde masalah..
Aku bukan jenis yg gigit org tak pasal2..
Baik punyaaa!! (buat macam dafi tu ek..)

Tapi, macam ada satu masalah..
Pakej badan agak mini..
Kiut miut sangat ke.. ramai gile org ingat aku budak skolah lagi..
Skarang je kurang dapat komen itu macam..
Dulu mmg selalu..

Nak kata aku marah.. tak jugak.. tapi tak suka sebenarnya..
Ada yg kata, bagus la org ingat ko muda..
Tapi bagi aku, kalo umor dah 40 tapi org nampak macam 20 orait la..
Baru aura awet muda tu diperlukan..
Skarang tak perlu, sbb mmg muda pon!

Implikasi fenomena ni aku rasa:

1) Orang tak akan percaya, pandang rendah atau senang take for granted la..
Especially dalam dunia pekerjaan ni.. mmg nyampah betul kalo kena attend meeting..
Org akan ingat aku naif gile, taktau buat keje, tak penting, takleh buat decision, bla bla bla..
Takkan dah 10 taon keje nanti pon org ingat budak baru lagi..

2) Penah sekali, lama dah la.. aku masuk cyber cafe, siap tokey tu mintak i.c kat aku.. Hangguk lu!

3) Kalo tgk aku dan kaka mmg jauh beza dari segi saiz. Byk kali jugak aku terjumpa dengan kawan2 ayah. Bila ayah kenalkan menantu dia, reaksi org kat aku -- eh2.. muda2 lagi dah kawin.
Muda ke? Dah 25 baru kawin tau!

4) Kes terbaru, aku terserempak dengan seorang bos besar kawasan utara kat Mid Valley.
Masa berjalan kaka letak tangan atas bahu aku.. Ternampak org tu aku pon tegur, tapi nampak reaksi muka dia pelik sikit..
Ni mesti kes ingat aku ni keluar dengan pakwe, merendek. adoii..

Kalo nak tau, aku ngan kaka selalu cakap, kalo orang nampak aku jalan berdua ngan dia, mesti ingat budak sekolah bercinta dengan laki orang.. hahahaha

Nota kaki: camana nak kasi nampak matured sikit ek?

Wednesday, January 28, 2009

List menyampah..

Stakat ni ada 2 benda yg gua takleh handle..
Tak suka, tak suka!!

1 -- Penah dengar lagu hero wayang kat radio?? Penyanyi dia pon tak best, Saerah.. Eeeeeeeeeeeee... kalo dengar mmg sepantas kilat gua tukar.. Tp sbb tak suka tu la kaka slalu nyanyi.. aduii....

2 -- Iklan ni:
(Takleh bagi penjelasan, tak suka je!)

Tuesday, January 20, 2009

Impian terlampau saya..

Kenapa tah.. skarang² ni.. badan kurang sihat..
Takut gak neh.. walaupun demam cam biasa² je.. tapi kalo tiba² kene ciku-nya ke duku-nya ke..
Bahaya tu..

Memandangkan demam encek glemer (panggilan terbaru utk dia bagi mengelakkan orang sekeliling nyampah kalo sebut selalu sgt) gua juga belum kebah..
Tambah pulak kadar kegedikan yg masih maximum..
Tiba² gua ter-cipta imaginasi tahap tertinggi..
Bole jadi kenyataan ke tak wallahua'lam.. hihi..

1 - Pada hari lahir ke - 26 tahun ni, akan mendapat panggilan telefon dari encek glemer ditambah dengan nyanyian lagu happy birthday dari bliau.. fuh... cair macam kuah kari kat asrama ar gua.. awwww!!!!!

2 - Untuk besdey kaka lak.. Nak hadiahkan tiket menonton perlawanan bolasepak pasukan Setan Merah kegemaran dia tu.. fuh.. lepas tu mesti mintak ape pon dapat.. ahakk!!

Tapi.. idea semua hilang......................
Lepas encek fikree bgtau seswatu............ (dah baca dah dalam Metro.. ☻)

"Saya ingin berehat selama beberapa bulan selepas AJL23. Saya tidak merajuk atau kecewa dengan industri muzik, sebaliknya saya memerlukan masa untuk berfikir panjang sama ada untuk bersara daripada bidang nyanyian atau sebaliknya selepas ini."

Haa??? bersara??? sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaa..........

Tuesday, December 23, 2008

Mood rajin.. mood rajin.. jangan lari..

Yatta!!!
(Sambil mengangkat tangan ke udara, cuma dengan mata yang tidak sepet dan tangan digawangkan mengikut rentak lagu Don't Stop The Music...)

Idea mencurah-curah ibarat empangan pecah..
Saya dengan yakin dan positifnya.. K-Bank udah siap!!!!!!!!

Sangat gembira.. *wink* *wink*
Sangat jarang saya siapkan kerja jika tidak dihambat deadline..

Hoyehhh!!!

Tuesday, December 2, 2008

Lega hati sket beb..

Adui, ahad itu hari ada sesi bbq bersama keluarga di Klang..
Tgh sedap layan ikan, ayam, potato salad yg best dan segala macam..
Tetiba mak mertua gua tegur.. biasa, statement yg menggerunkan gua iaitu gua dah gemok!!
Mmg berat pon dah sampai ke paras siling..
Takmo turun² dah.. Seluar yg dulunya longgar pon dah padat.. So kompom gua sudah gemok..
Huwaaaa..

Semalam ptg kebetulan balik awal, tetiba kaka bagi cadangan p jogging..
Yeah!! that's what i need bebeh..
So apa lagi, kami bersenam ok..
Tapi dalam 20 minit je pg taman sbb dah hampir maghrib..
Kira ok la dari melepak, makan tido kan..

Tetiba tadi jumpa ex-bos gua..
"Eh, lama tak jumpa.. kenapa u makin kurus??"

Huaaaaaaaaa... Ni plak statement yg bisa mengembangkan idong gua..
Takkan jogging skali dah kurus..?? hihihi..

Monday, November 24, 2008

ok, malam ni tido awal..

Sesungguhnya sekarang kami banyak habiskan masa di rumah..
Macam dalam KL ni dah takde tempat lepak/merendek yg best la..
Walaupun kadang2 rasa nak sangat ajak kaka kuar.. tp masalahnya takde idea nak ke mana..
isk isk isk..
Asyik² Tesco, asyik² Tesco.. ☻☻
Masalah Tesco ni bukan jenis boleh window shopping..
Kitorang ni lak jenis suka memenuhkan troli.. mmg ngam la tu!!

Gua ada tanya kaka, dulu² kita selalu pg mana ek?
Bole kata tiap² malam kuar..
Dia kata, dulu kita kuar makan..
A'ah la.. skang dah makan gua masak, abeh apa kejadahnya nak lepak makan lagi..
Maka kami sering kebuntuan kerana masalah ini..

Semalam ahad, kitorang macam biasa pegi Tesco, shopping sakan..
Dalam otak ligat pikir mana nak pegi ari ni..
Takkan nak p jenjalan kat taman bunga kot.. nak tgk menatang kat zoo?? tak ngam dgn personaliti gua.. nak tgk wayang?? baru je berkobar nak ajak kaka tgk cite Antoo Fighter tengok² lom kuar lagi.. abeh camno??

Akhirnya malam gile baru kitorang dapat ilham mana nak pegi.. tu pon dah kol 10 lebey kot..
Destinasi: News KTV (betul ke bang?)

Kat situ jumpa si Julia Hana.. seksi gak ar..
Pastu bila tgk pengkarok-pengkarok yg lain berpakaian ala² dia..
Tetiba rasa macam tak in.. mcm makcik je gua rasa.. tapi takpe.. aurat mesti dijaga.. hahaha
Pegi karok pon ngan husband, dibenarkan dengar suara lemak merdu berkrim gua neh..
Kiranya mlm tu gua rasa sgt happening.. Dapat layan lagu2 yg gua ske, sbb agak update pilihan² lagunya..
Samp abeh sora jugak la hentam lagu Elyana.. mcm senang je lagu dia, tp nyanyi tgk.. adus..
Lagu ♥Faizal Tahir♥ dgn lagu Letto pon gua dendangkan jugak..
Juga macam tak in.. sbb lelaki biasa guna low note byk.. hahaha

Nota kaki: Sudahnya semalam tido lambat, pastu mimpi budak kiut cite "KAMI" tu berlatar belakangkan lagu Letto.. Apekah............

Sunday, November 16, 2008

Weekend yg best!!

Setelah asyik tension kat opis.. (benda biasa.. tak penahnya seronok!!)
Weekend ni gua betol2 hepi..!!
Family terchenta datang KL, tido umah gua, majlis pertunangan pakcik dah selesai, sempat p Genting bawak mak walaupun dia takut, dan pendek kata terlepas rindu gua kat dorg..
Tapi adik gua lagi sorang takde.. (abangah, tak best la tak mai.. tak cukup korum..)

Bila dorg balik, gua sgt syahdu.. rasa cam nak nangis.. adoi.. (mmg dah nangis sket tp control.. huhu!!)

Dah tu 3 hari akan dtg gua akan berada di PD..
Nanti mesti rindu kat kaka.. huwaaaaaaaa!!!!!!!!!!!
Training ape tah, harap2 tak bosan sbb dlm tentative ada tulis aktiviti samp malam.. aduhh..
Harap2 tensen pala hotak dapat release dan gua dapat tido malam.. (maklum la kan.. bantal pelok takdak..) kwang3x..

Monday, November 10, 2008

Sedutan menarik minggu lepas..

Saya amat tidak keruan sepanjang minggu lepas.. Banyak perkara yg memeningkan dan meningkatkan kadar ke-tension-an maka tiada entri @ lebih tepat buntu utk update cerita terbaru..

Maka, saya akan coretkan ringkasan peristiwa² yg berlaku utk tatapan diri sendiri dikala boring.. (apekah??)

*Bukan mengikut turutan, yg mana ingat je ni*

a) Dapat email mengenai event ini.. maka tersenyum sendiri mengenangkan kenangan indah kami bertempiaran di sekitar kota Kuala Lumpur dulu.. Race sakan ditengah matahari terik, smp muka jadi merah macam lobster di-BBQ dan tidak lupa menang tmpt ke-4!! Kemenangan yg amat diluar jangkaan, namun.. Terubok Rock!!

*Gambar kami meraikan kemenangan*

b) Aku berjaya menahan diri dari memaki sepenuh hati mamat mana tah yg begitu menduga kesabaran aku.. (Kisah sebenar mungkin akan diceritakan sepenuhnya di masa hadapan jika identiti sebenar mangkuk tu dapat dikenalpasti)

c) Dapat pekena naan cheese yg lazat setelah frust beberapa kali.. (bukan mengidam okeh??).. Lepas tu tetiba rasa pening dan mual.. adoi.. (bukan juga berbadan dua, dijangka berpunca dari naan cheese tersebut).. :)

d) Berjaya meng-iron baju kaka utk seminggu.. Wah, saya amat bangga dgn diri sendiri kerana amat rajin minggu ini.. (tepuk tangan sendiri..)

e) Layan cite "Game Plan" kat star movies semalam.. Best gile!! CD dia dah lama beli tp tak tgk² lagi.. Ensem ek The Rock tu?? hehehe

f) Ada sedikit masalah berkenaan kerja dan mungkin akan menjejaskan prestasi tahun ini.. (mati gue...). Harap dah setel dan akan bertahan lebih lama dari 2 hari.. "Allah dah tetapkan rezeki, kalau tak dapat kali ini mungkin Dia janjikan lebih lagi nanti.."

Tak dapat recall dah perkara lain lagi..

*Lega, lepas tulih entri ni.. Macam beban dah dicampak jauh²..*

*Betapa hebat penangan blog..*

Wednesday, October 8, 2008

Aku demam..

Aku hanya demam kerana jangkitan..
Bukan kerana terkena buatan.............

Rayaku sewangi taik lembu, sesembelit sembilu!

Sudah lama mao update tp gambar yg diinginkan tiada..
bila mao dapat ni!!

Kisah raya 2008:

[I]

Dalam perjalanan pulang ke desa.. Dengan iringan lagu raya, aku tido dengan nyenyaknya.. Dgn ingatan bahawa kaka telah cukup tidurnya, dan mampu memandu sendirian.. (atau mmg aku yg tak bole celik mata!)..

Tiba² dengggg!!!! Kereta kami dgn yakinnya melanggar pembahagi jalan.. Kepala ku juga melanggar tingkap kereta dgn hentakan yg sama.. Aduss..

Rupanya kaka ingin tidur juga!! huwaa!! akhirnya RM1000 jadi duit raya pada cina..

*tiada bukti gambar* *kenapa??*

[II]

Sebelum raya, pegi membeli belah baju utk adik terchenta..
Smpt ke pasar Ramadhan, dan nampaknya gerai banyak mcm baru puasa..
dah ada can nak bakar duit menjelang raya.. apa lagi..
lihatla.. bunga api peberet aku.. tp make sure kalo lepas main jgn campak merata-rata..
pastu tak pakai kasut, pijak! huih.. dah penah kena woo!!







* Gambar 3: Remaja tua gumbira gile main bunga api.. hahaha.. cumel!!

[III]

Macam biasa, misi bikin kuih raya kat umah..
Best gile.. buat secara berjemaah dengan adik² ku yg nak main je lebih..
Siap ada sorang pembantu tambahan..

"Mak, menantu mak rajin wooo..."




[IV]

Hari raya pertama di kampung bonda.. Sudah lama tidak beraya disini dipagi raya pertama..
Semuanya gembira, aku dengan senang hati menghulur duit raya..
Tok dan wan aku juga mendapat ahli keluarga baru, happy tak terkata..
Pekena ketupat dgn rendang + kari daging yg mmg tak terkata juga..
Tapi malangnya kami makan dengan penuh aroma..
Aroma terapi kata mereka.. (Sembelih jugak lembu sebelah ni kang!!!)
[V]
Sapa raya makan tak banyak??
Mesti samp terlebih dos kan..
Dengan ketupat ngan lemang yg berkali-kali telan tanpa memikirkan kesihatan diri..
Mmg layan.. hahahah
Tp masalahnya lps tu aku terkena penyakit tu..
Yg melibatkan anda tak perlu ke rumah kecik selama seminggu lebih..
Aduiii.. Manyak asid dlm badan neh.. Tolong!!!
[VI]
Last skali selaku penutup entri raya edisi 2008..
Berat badan naik 4 kilo..
Adoi.. Camana nak kasi turun balik nehhh???

Friday, September 26, 2008

raya oh raya..

tinggal bape hari lagi nak raya..
raya pertama kat kampung aku dulu!! yay!!
nasib baik.. kalo tak sure meraung, ratu air mata ni bukan bole..
tgh malam ni dalam kol 1 ke 2 pagi ke akan bertolak ke Sungai Petani..
tanah tumpah darahku..
harap2 tak jam..

nota bawah skali:

mak!! tunggu cek balik..
adik2 ku sekalian, tolong jangan pau kaklong.. pau abg amir skali key!

Y^.^Y

happy birthday september..

mlm tu plan dgn rakyat seramai 12 org mao buka puasa kat sini:



tapi malangnya tempat ni bukan jenis bole book..
masa nak dekat berbuka tu mmg jangan harap bole masuk, org beratur gile panjang..
so kitorang pon beli air dan lepak kat taman sementara nak berbuka..
azan je, tros minum air dan sepantas kilat p menunaikan kewajipan..
maklum la, klcc kan.. org sure ramai..

pastu keinginan nak makan kat restoran tu mesti ditunaikan..
beratur punya beratur.. tunggu punya tunggu..
last2 dapat jugak seat..
perut dah masuk angin, kepala pon weng semacam..
tolong.. aku perlukan makanan!!

last2.. inilah menu kitorang.. tada!!



dan kaka punya..


plan berbuka ni sebenarnya nak celebrate besdey aku, yg kebetulan sama ngan member lagi sorang..
dan skali dgn member lain yg jugak lahir pada bulan september..
bila dorg bgtau pelayan kitorang tgh celebrate, tetiba dtg menu bawah ni, beserta nyanyian sepenuh hati lagu happy birthday oleh staf2 chilis.. hehehe.. cayalah!!
tp kek kecik ni kena share 12 orang.. cane tu?? ehhheehe

Thursday, September 25, 2008

Tarikh daku dilahirkan

Sudah suku abad aku hidup..
Apa ek yg aku dah accomplish stakat ni..
Hemm...

*to have the best husband in the world, that's the best accomplishment for me!!

*wink* *wink*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...