Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, January 31, 2009

Awet muda sangat pon susah jugak..

Aku..
Orang yg kenal ok, takde masalah..
Aku bukan jenis yg gigit org tak pasal2..
Baik punyaaa!! (buat macam dafi tu ek..)

Tapi, macam ada satu masalah..
Pakej badan agak mini..
Kiut miut sangat ke.. ramai gile org ingat aku budak skolah lagi..
Skarang je kurang dapat komen itu macam..
Dulu mmg selalu..

Nak kata aku marah.. tak jugak.. tapi tak suka sebenarnya..
Ada yg kata, bagus la org ingat ko muda..
Tapi bagi aku, kalo umor dah 40 tapi org nampak macam 20 orait la..
Baru aura awet muda tu diperlukan..
Skarang tak perlu, sbb mmg muda pon!

Implikasi fenomena ni aku rasa:

1) Orang tak akan percaya, pandang rendah atau senang take for granted la..
Especially dalam dunia pekerjaan ni.. mmg nyampah betul kalo kena attend meeting..
Org akan ingat aku naif gile, taktau buat keje, tak penting, takleh buat decision, bla bla bla..
Takkan dah 10 taon keje nanti pon org ingat budak baru lagi..

2) Penah sekali, lama dah la.. aku masuk cyber cafe, siap tokey tu mintak i.c kat aku.. Hangguk lu!

3) Kalo tgk aku dan kaka mmg jauh beza dari segi saiz. Byk kali jugak aku terjumpa dengan kawan2 ayah. Bila ayah kenalkan menantu dia, reaksi org kat aku -- eh2.. muda2 lagi dah kawin.
Muda ke? Dah 25 baru kawin tau!

4) Kes terbaru, aku terserempak dengan seorang bos besar kawasan utara kat Mid Valley.
Masa berjalan kaka letak tangan atas bahu aku.. Ternampak org tu aku pon tegur, tapi nampak reaksi muka dia pelik sikit..
Ni mesti kes ingat aku ni keluar dengan pakwe, merendek. adoii..

Kalo nak tau, aku ngan kaka selalu cakap, kalo orang nampak aku jalan berdua ngan dia, mesti ingat budak sekolah bercinta dengan laki orang.. hahahaha

Nota kaki: camana nak kasi nampak matured sikit ek?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...