Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, February 3, 2009

Destinasi bajet

Penah tgk rancangan Destinasi Bajet kat tv? tak ingat la channel mana..
Ok, ni ulasan destinasi percutian dari aku pulak..

Dekat je kalo nak pegi --> Genting Highland.


Tempat tidur, kami pilih Theme Park Hotel.
Room Rate = RM130
Bilik ok, agak besar..
Sejukk... (Almaklum aku ni jenis tak tahan aircond, aircond semulajadi lagi tak tahan.. takleh off woi!!!)

Aktiviti:

Selain dari main permainan indoor atau outdoor.. (aktiviti berjudi tak termasuk ekk.. bahaya..)
Anda boleh cuba menghabiskan duit dalam shopping complex yg ada disitu (apa nama tah..)
Selain shopping, yg mana barang² rasanya lebih mahal dari tempat biasa..
Anda boleh cuba masuk ke Snow World.

Rate per person: RM17 (Termasuk jaket, boot dan glove)
Perasaan:
Best la jugak, orang jakun tak penah main salji ori kan..
Tempat dia tak bape besar, pusing² situ la jugak..

Peringatan:
Pakai boot yg disediakan tu kena kuat mental dan fizikal..
Basah dan berbau.. (standed la kan, kena ais pastu dah berapa banyak kaki sarung benda tu)
Macam pijak katak pon ada rasanya..
Ewwww..

Kalo nak naik permainan gelongsor ais tu, sayangilah bontot anda..
Jangan naik kalo takmo rasa sakit..
Abeh tulang bontot aku.. taktau la ok ke tak ni..
Sakit gile!!

Anda boleh menggunakan khidmat jurugambar yg disediakan.
Mana tau nak buat poskad ke, hantar kat sedara mara mengatakan anda baru melancong ke Paris..
Dorang bukan tau.. ye dakk..
Gambar yg siap dicetak boleh dibeli dengan harga RM16 sekeping.

Semua ada 3 keping, boleh posing maut utk poskad anda.
Asalnya berharga RM 46 tapi bila kami reject dengan keras dengan berkata "Mahal!!" sambil buat muka bengis, dia kasi 3-3 keping RM38 sahaja.. ☻

Disebabkan kami bengis, pakai kamera phone dapat je ambik gambar.. (walaupun amaran keras kerajaan..)

Lihatlah gambar comel kami:



Hidung pon dah sama merah macam En. Snow tu..


Kami juga menghabiskan masa ber-karaoke.
Utk karaoke kotak, sama je mcm tempat lain RM1 satu lagu..
Kena pandai2 pilih kotak sbb ada yg mic tercabut, tak bunyi langsung dan sebagainya..
Utk memuaskan nafsu perut, kami makan Marrybrown.
Sungguh sedap sekali kerana lapar.. hehe..
Di sana juga ada tempat bowling, rumah hantu, galeri Ripley's Believe It Or Not dan banyak lagi..
Akhir sekali, disebabkan dah lewat malam, kami nak balik bilik.. (lagi best!) ☻☻
Lain kali boleh try benda² lain tu.. amacam??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...