Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, February 16, 2009

Sabah darul hujan.. siri 2

Dah lama nak tulis caption utk gambar yg dah diupload sebelum ni..
Tapi tak sempat².. Bz gile.. adui..
So walaupun dah lambat nak tulis jugak..
Mana tau.. Ada orang yg tak penah pegi sabah..
Boleh belajar dari kesilapan kitorang ni.. hehehe..

Gambar 1:
Memang kitorang salah tarikh..
Hujan memanjang..
Sampaikan kami terpaksa pusing² One Borneo je walaupun kalo nak pegi shopping Complex kat KL je melambak..

Gambar 2:
Disebabkan hujan juga, kami telah "terpaksa" melawat muzium..
Apa nama muzium pon aku taktau.. (geleng kepala sendiri)
Budak muda zaman sekarang.. Tak pandai hargai sejarah langsung!
Gambar muncung tu mmg sbb boring.. (geleng kepala lagi..) haha!!

Gambar 3:
Kedai souvenir berdekatan muzium tersebut..
Hanya sekadar posing tanpa membeli..

Gambar 4:
Tiada motif sebenarnya upload gambar ini..
Saja.. Superman nak menyelit..
(Juga hujan lebat ketika ini.. Tempias.. Belakang baju basah sebenarnya..)

Gambar 5:
Lokasi: Pasar Malam
Gile banyak jual segala mak nenek mutiara..
Bling-bling mata dibuatnya..

Gambar 6:
Lokasi: Pasar Filipina
Rumpai yg baru pertama kali aku jumpai..
Bila gigit rasa geli di dalam mulut..

Gambar 7:
Lokasi: Pasar Filipina jugak
Ini adalah reaksi jakun bila nampak sangat banyak makanan laut besar² dan murah²..
Sedap sedap sedap..

Gambar 8:
Udang pada jarak dekat..
Murah je ni beb! Kat KL tak dapat ni..

Gambar 9:
Spesis lain selain udang juga ada..
Ish.. mmg jakun aku..
Banyak gile, murah murah murah..
Boleh tawar² lagi..

Gambar 10:
Baru sedar aku banyak ambik gambar udang..

Gambar 11:
Pemandangan air laut..
Diambil semasa perjalanan ke Pulau Sapi..
Maaf kawan², saya tak rekemen anda ke sana..
Biasa saja bagi aku.. Pangkor, Redang lagi mengkagumkan..
Mungkin disebabkan faktor hujan? Tapi di kala pemergian kami ke sana, panas terik..
Tidak lupa souvenir yg dibawa pulang -- sunburn..
Lagi sbb aku tak suka pulau ni:
Toilet tmpt membersihkan diri lps mandi laut -- takde air!!!!!
Hangin aku!! Sori, aku takkan ke sana lagi..
Mengecewakan.. Hanya pengalaman naik bot yg menceriakan..

Sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...