Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, February 24, 2009

Ego -- boleh tahan tinggi jugak la..

Serius, aku rileks bangat sekarang..
So.. layankan saja.. Kalau bz nanti sure tak cukup tangan kaki..
layan... layan...

Pasal nak jadi 'cikgu' ni.. Aku dah prepare dah..

Material - ada
CD Installer - ada (bukan game ek, nak ajar pasal benda ni la..)
Knowledge - ada (dah 2 tahun lebih buat benda ni, tu yg confident..)
Lagi - tinggal nak pegi je la!

Tadi bosan², tgk dalam list Favourites --> masuk la Flickr kawan aku ni.

Sungguh, dah lama aku ignore dia.
Penah dia call, aku hello pastu diammmmmm saja.. Last2 letak.
Dia YM aku buat dekk je.
Dia call lagi, aku cakap tak kenal dia. Letak.

Aku kejam?
Rasanya pon macam tu.. tapi tu tanda merajuk dan protes aku..
Sungguh, putuskan talian persaudaraan berdosa..
Tapi aku kecik ati. Kecik sangat!

Sebabnya?
Dia kawan baik aku.
Satu-satunya kawan lelaki yg baik dengan aku. Dari dulu...
Dia kawan baik aku dari sekolah rendah. Kelas semua sama.
Sama² di zaman berhingus, sama² membesar..
Walaupun kami dalam sekolah yg sama sampai tingkatan 3 saja. (dia masuk sekolah teknik)
Kami masih rapat.
Aku ke UNIMAS, dia ke UiTM Shah Alam.
Kami masih rapat.
Sesekali pasti akan bergayut di telefon bertukar-tukar khabar..

Mana ada kami suka lain dari kawan, takde!

Kalau berbual di telefon, kami sembang kasar..
Dah memang macam tu dari dulu. Hehe..

Punca aku marah+merajuk+bebal sama dia --> DIA TAK DATANG MASA AKU KAWIN!

Silly?
Memang, tapi sebagai kawan serapat itu, aku kecil hati!
Jika betul ada hal penting, bagitau. Aku takkan marah.
Pagi tu, waktu tengah tunggu di masjid nak akad nikah.
Aku sempat call dia. "Wei, aku kat masjid ni. Cuak dowh!!"
Aku sempat dapat kutukan biasa dari dia. Dah memang paham sangat.
Aku juga sempat pesan. "Hang mai tau! Lewat sikit pon takpa.."
Dia cakap "Ok, aku p punya!"
Dan dah banyak kali dia cakap nak jadi papparazi masa kenduri tu..

Tapi sampai kesudah tak ada. Aku dapat msg, cakap sorry tak datang.
Ada penjelasan, tapi tah apa²! Aku tak ingat, malas nak ingat!!

Maka, bila aku tgk Flickr dia, rasa bersalah pon ada..
Sebenarnya aku dah tak marah.. Dah lama, marah pon dah reda..
Boleh aja mau call dia atau YM dia..
Tapi ego!

Nota kaki:

Stador, aku dah okey! Kalo hang call aku lagi, aku jawab key!
Tapi hang kena tahan maki aku plak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...