tajuk mesti gempak.
nak cerita pasal irfan naik flight sebenarnya.
setakat ni dia dah merasa terbang 5 kali.
1st time kami berdua sahaja, balik Penang. takde apa sangat, tido sepanjang sejam perjalanan.
2nd & 3rd time, perjalanan agak jauh, ke Sabah. tapi alhamdulillah tido dengan nyenyak pergi dan balik.
4th time, bertolak ke Kota Bharu. sejam jugak dia tido.
apa nak cerita sebenarnya ni? irfan asyik tido je..
nak cerita tentang kali ke - 5. pulang dari KB ke Subang naik Firefly.
sejam paling lama yang gua rasakan.
mana tidaknya, kali ni dia takmo tido, tapi asyik dok ngorat pramugari!
benar, mengorat okeh!
takmo duduk, nak berdiri atas paha gua je supaya pandangan lebih jelas ke belakang di mana awek berada.
mengekek ketawa dan buat gaya manja.
ada sekali siap nak turun, merangkak pegi belakang.
adoih!! dah nampak gaya2 romeo ni.. bahaya sungguh!