semalam birthday mak.
dah 49 tahun usianya.
dari dulu, mak adalah antara mak yang paling muda banding dengan mak kawan2.
maklum la kawin umur 20, dapat anak pon awal la.
mak masih cantik.
pernah dulu orang ingat kaklong ni adik mak. hahaha.
terima kasih tak terhingga kaklong ucapkan kerana telah melahirkan kami adik beradik dan segala pengorbanan mak selama ni.
dan terima kasih jaga kaklong waktu pantang hari tu.
cuti tahunan mak banyak habis tahun lepas.
tapi cucu punya pasal takpa kan? hehe..
mak wanita bekerja, jadi kami dah biasa makan kedai. takde hal.
tapi kalau sekali mak masak, pergh memang meletop dan rasa nak tambah 10 kali!
mak selalu pesan, biar irfan besar dulu baru ada adik.
tapi mak, mak dulu waktu umur baya kaklong ni anak dah 3 kot!
dok fikir, apa hadiah istimewa nak bagi pada mak.
tiba2 tadi ada mentol atas kepala. ting!
insyaallah nanti kaklong nak belajar menjahit, lepas tu nak jahit baju kurung kasi mak pakai.
air tangan anak tu.. hehhehe..
tapi bila nak tercapai wallahuallam.. ☻☻