Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, March 2, 2011

cerita caca marba

makan angin.
sabtu ni dah nak bertolak ke Kelantan, lepas tu shoot ke Perhentian..
tapi, hari ni dah rabu, masih belum decide nak stay kat mana..
boleh macam tu? kalau berdua takpe la main redah je.. haih..
the only preparation yang kitorang buat ialah beli jentolak utk irfan korek pasir. hahaha..
ummi yang lebih nak main nampaknya ni!
pelampung pon macam nak beli juga. tapi takut tak sempat la!

susu.
sekarang gua mempunyai kerajinan tahap gaban untuk pam.
sebabnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
kalau tak pulun alamatnya tak cukup untuk esok.
key to solve the problem --> pam sampai takde apa boleh pam. haha..
satu keajaiban dunia juga telah berlaku, weekend ari tu gua berjaya dapat 3 botol.
pergh, memang tak percaya sebab azam nak pam weekend tak pernah tercapai.

rumah baru.
tak sabar nak mop, tak sabar nak sapu, tak sabar nak susun barang.
tak sabar jugak nak beli ikan nemo untuk bela.
tapi belum google sama ada ikan tu senang bela atau senang mati.
banyak sangat barang belum ada - katil, peti ais, meja makan, rak tv, bla bla bla.
teringin sangat nak laju macam bunkface (Unifi!) tapi belum ada staff package. deng!

irfan.
rumah baru mesti pasang astro cepat2, sebab si kecik sukaaaaa gilaaaaa channel astro sport.
tengok bola macam peminat tegar. siap sorak² bagai.
hebat, nanti boleh ikut walid p tengok bola kat stadium bukit jalil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...