apa yang dibaca dalam review tentang Senja Bay adalah benar mengenai "paper thin walls".
jiran sebelah kami adalah tourist dari Denmark, family of 4.
memang pening la kepala dengar bahasa tak paham tu.
makanan, bukan buffet tapi di masak setiap kali..
memang makan panas2, tapi ianya bukan pilihan anda ye.
menu telah siap dipilih, anda hanya perlu makan dan nasib la sekiranya lauk itu anda tidak suka.. itupun kalau ambik package + makan.
kalau tak sila pilih makanan dari menu.
pantai memang sangat dekat dengan pintu chalet. part ni memang seronok.
buka je pintu ada budak akan teruja nak keluar.
dua kali gua menjerit terkejut hari ni.
semua gara-gara ada budak makan pasir. aduih! awat la cek oi..
pasir lembik2 tu teringin nak rasa ke.. aduh, bikin heart attack tau!
nama tempat kami adalah Coral Bay.
memang banyak coral ye. nak mandi kena ke tengah sikit untuk mengelakkan sakit kaki pijak itu coral semua.
ombak tenang, sesuai untuk anak kecil mandi.
dari coral bay, kita boleh ke long beach. walking distance, tapi mak penat sebab takde stamina.
jalan kena panjat2 bukit sikit.
long beach lebih cantik, tapi ombak lebih kuat.
siap ada beach boys yang surfing kat situ.
tak boleh bawak irfan main air, nanti lemas. ngeri.
apa lagi nak tulis tentang Perhentian ni?
sebagai rumusan, Pulau Perhentian gua bagi rating 3 daripada 5.
mungkin sebab kami dah menjejakkan kaki ke Pulau Redang yang lebih cantik dan best tebaboww!!