ahad.
kalau hari cuti time makan memang selalu terbabas.
tambah pulak dengan rumah tunggang langgang.
semak betul rasanya, taktau mana satu nak pack dulu.
sabtu depan by hook or by crook semua campak dalam lori, lepas tu campak masuk rumah baru pulak.
nak cerita makan.
sejak pregnant rasanya, appetite gua memang besar.
makan banyak dan kalo compare dengan saiz tak match kot.
kadang2 tu walaupun tak lapar sangat tapi paksa diri jugak telan.
semuanya hanya kerana satu sebab.
setiap suapan dan tegukan minuman diiringi doa.
doa agar makanan yang ditelan cepat diproses untuk menjadi susu.
gua beranggapan, lebih banyak gua makan lebih banyak susu akan terhasil.
hanya kerana seseorang.
11 bulan lagi untuk menghampiri garis penamat.
semoga dipermudahkan.
nota kaki: petang ni mau cari kedai ubat cina. try longan kering la pulak!