jumaat kami beria-ria ambik cuti.
dengan misi dan semangat yang menggunung.
perut dah isi penuh. jadi boleh mula kerja berat.
macam kontraktor pon ada gayanya.
ya, kami plan nak cat bilik.
ikut rancangan asal nak setelkan bilik ke-2 dan ke-3 sebab sabtu nak angkut barang.
jadi barang2 tu boleh campak dalam bilik yang dah siap.
hasil kerja seharian, dari pukul 9 - 8 bilik paling kecik je siap.
hahaha. sungguh lembap buat kerja.
dengan gua yang pening gila tak tahan bau cat under coat tu lagi.
akhirnya, misi hanya berjaya 50%.
selebihnya kami akan upah tukang cat profesional la.
1-2 hari dah boleh siap satu rumah. kalau kami buat sendiri alamatnya bulan depan pon belum tentu siap.
sabtu, semua barang dari rumah lama telah selamat dipindahkan. alhamdulillah.
irfan, walid dan adik2 ipar semua dah pon merasmikan swimming pool.
cuma ada satu masalah yang bakal muncul.
bila ada budak yang dah menggigil tapi masih takmau naik, tambah dengan meraung macam kena cubit bila diangkat.
bakal glamor la ini budak. dengar suara protes + melalak tu mesti orang keliling tau, tu mesti ummi irfan dah paksa dia balik rumah.. hehehehe