Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, December 24, 2009

resepi: karipap baik punya..

uit.. apa khabar? hari ni mood sangat baik la..
nak balik kampong malam ni la katakan.. cuti sampai new year beb! best gile..

hari ni saya nak share resepi ye puan²..
semalam saya berjaya bikin karipap, pertama kali dalam hidup kalo nak tau..
jadi, nak la share kan.. untuk panduan beginner seperti saya.. ☻

masa nak buat tu, punya la nervous.. takut tak jadi..
sayang je kang tepung tah apa2 jadi.. tapi alhamdulillah ok, sedap jugak beb!
so, untuk buat doh sukatan dia:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
air garam
air sejuk (untuk uli)

kalau ikut sukatan ni, kitorang dapat la 17 biji karipap berbagai bentuk..
ada saiz M, XL pon ada.. suka hati gua je! hehehe

marjerin tu gua cairkan dulu dalam kuali.. tutup je api tuang terus dalam tepung.. gaul ok..
garam tu sikit je.. bancuh dengan air, agak2 la.. masa ni mmg tawakal je.. jangan la masin oii..
air sejuk tu petua mak mertua.. masukkan sikit² masa uli tu.. jadi je doh, tak melekat-lekat.. kira orait la tu..



untuk inti pulak, senang je.. bahan²:

2 biji kentang (sederhana besar la..) - potong dadu
1 biji bawang besar (gua pilih yang paling besar skali..) - potong dadu
3 ulas bawang putih - cincang
daging cincang (agak2 la banyak mana nak letak)
daun kari
2-3 sudu serbuk kari daging (bancuh dengan air)

mula² tumis bawang + daun kari sampai layu/wangi..
lepas tu, masuk rempah kari pulak.. masak la sampai garing..
lepas tu daging.. biar masak..
lepas tu ubi.. tapi sebelum tu gua rebus dulu.. senang nak empuk..
kiranya ok la tu.. masuk garam, gula, air..
masak la sampai air kering..

sukatan gua semalam ada lebih sikit je inti..
saksikan betapa handal gua penyek tepi karipap tu..
macam2 rupa bentuk.. tak cantik pon takpe la kata kaka asalkan sedap..

hehehe.. kembang hidong mak tau!





lain kali kalau nak buat lagi gua kena beli pencanai tu..
macam main masak2 je semalam, gua canai pakai botol sos tiram..
hebat tak? hehehe..
selamat mencuba!

Monday, December 21, 2009

pegi tengok.. tak rugi beb!

sape belom tengok Avatar?? gua sarankan pegi tengok.. gua tengok kat Ipoh Parade semalam tanpa mengetahui sinopsis, sape pelakon, hatta berapa ringgit harga tiket sekalipon.. hehe.. masa kaka ajak tengok, gua setuju dengan sedikit ragu2.. dalam fikiran ingat citer kartun ape la ni.. hadap je la..

tetapi sesungguhnya selama hampir 3 jam cerita berlangsung, gua langsung tak mengantuk malah sangat excited sekali.. malangnya pandangan mata gua agak terhad dengan kadar kerabunan 125 2-2 belah mata tanpa contact lens/cermin mata.. kalo mata gua clear mesti lagi best.. isk isk isk.. kena repeat ni..

gua baca dalam paper kos pembikinan 800 juta.. patut la.. gempak gila dia punya 3D.. pendek kata, tengok jangan tak tengok!!

Wednesday, December 16, 2009

nama saya Rayyan Imran



Masa ambik gambar ni umurnya tak sampai 24 jam..
Comey bebenor!!

Tahniah mommy Ezrina..
Bila teringat zaman skolah dulu2, mcm tak percaya hang dah ada anak..
Aku pon bakal menyusul neh.. Tapi yg tak best, nanti anak hang kira tua setahun..
Tak boleh la satu kelas macam kita dulu.. ☺☺

Untuk semua tips yang diberikan, tenkiu!!
Dia boleh cerita detail utk insan yang sedang nervous seperti gua ni..
Maklum la, baru je lalui..
Semua persoalan mengarut dalam kepala hotak, gua tanya.. hahaha..
Selalunya kalau gua tanya orang lain, yg dah lama bersalin, jawapan diorang tu macam general gila.. tak menepati kehendak gua yang memerlukan penjelasan detail ni..

Jaga baby elok2 beb..
Masa pegi umah dia tu parents dia tak sampai lagi..
Budak tu bunyi sikit kitorang dah panic.. serius taktau apa nak buat!!
Gila la..

gambar kanak2 kami


I like!!

Tuesday, December 15, 2009

rakyat Malaysia makin bertambah!

sms
15-Dec-2009 04:07

I da branak dah kul 3am td. Hehe

baca sms: 06:15

dah beranak siot! kawan gua masa skolah ni.. lama gila tak jumpa, cuma contact melalui telefon je..dah jadi mak no.. ish ish ish.. rasa macam dah tua!

sms ke-2
15-Dec-2009 06:20

Series, bru nak tdoq dah kena bgn cuci2 bdn. Siot btl. Sakit jap je. Aku masuk kul 1 tadi 4cm. Kul 2.45 dah 10cm. Kul 3 dah siap beranak. X sakit pun mcm berak taik keras or sembelit je

baca

pergh.. senang gila lu beranak.. jeles pon ada neh! at least lega sikit dengar camtu.. takde la gua fobia sangat.. hehehe.. petang ni nak p melawat, mintak tip2 berguna untuk pedoman.. hihi..

Friday, December 11, 2009

mana2 saja boleh meeting..



isk isk isk.. meeting buat kat store room je..
kena duduk celah equipment ke rak ape ni?
hehehe..

Thursday, December 10, 2009

senyuman gua mmg dah cukup manis..

yay.. i'm healthy!

Result MGTT before and after, 4.7 / 7.3.
Baby weight around 1.8 - 2.0kg.

Glucose levels NORMAL impaired fasting glycaemia (IFG) impaired glucose tolerance (IGT) Diabetes Mellitus (DM)
Venous Plasma Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs
(mmol/l) <6.1 <7.8 > 6.1 & <7.0 <7.8 <7.0 >7.8 >7.0 >11.1

Confirm diabetes takde.. so malam ni set Quarter Pounder large satu ek! hehe..

lebihkan manis dalam senyuman

semalam hospital, hari ni klinik pulak..
waduh.. macam orang berpenyakit kronik je..

gua baru lepas telan air gula segelas..
ujian MGTT ape tah..

kejap lagi baru ambik result..
adui.. pening gila minum air manis ni woi!
tido jap kat keyboard la!

ngeri ar pegi spital..

semalam baru first time gua jejak kaki ke hospital, dan bukan dengan tujuan melawat orang sakit..
gua pon tak sakit sebenarnya, cuma preparation sebelum sakit.. hehe..

sampai parking je gua dah kecut perut..
sampai lobi terus rasa nak membuang.. gila bau ubat tak best langsung!

naik tingkat 3, mata melilau cari klinik yang betul..
jumpa, masuk, isi borang, tunggu..
bila dah masuk jumpa doktor, la.. takde bende pon..
ingat namanya specialist check special la sikit.. hehehe.. sungguh naif diri ini.. hahhaa..

kiranya tempat untuk gua meneran dah confirm la..
mintak dipermudahkan, ya Allah..

lepas check-up, kitorang pegi makan..
pikir punya pikir, decide nak rasa Asam Pedas Linda Onn..
boleh la gua bagi review sikit..
ok jugak asam pedas dia, tp confirm tak dapat lawan asam pedas Melaka..
kaka kata tak berapa ok, ikut la tekak masing2..
makan 2 orang dalam rm40..
selamat mencuba!

Sunday, December 6, 2009

download la, apa lagi!

mmg takde harapan nak ajak kaka tengok new moon nampaknya..
ni semua sbb kawan dia cakap bosan..
kawan tu lelaki, memang la..
awek kawan dia je yang suka.. paham2 la kan..
mana nak cari hantu hensem macam tu..
dia kata, apa la muka pucat pon suka.. hahahhaa

saja nak upload.. :)



Friday, December 4, 2009

welcome to the world..

tahniah akak chae (taktau nama akak ko apa)..
dah selamat melahirkan baby boy..
nama sedap, Adam Mikail..

lahir normal, walaupun overdue 10 hari..
both ibu & baby ok..

tapi..

katanya kakak dia bleeding sbb doktor SALAH JAHIT!!!
ni yang gua tak gemar!!!!!!
hospital tu mmg gua boikot..
ape ingat jahit baju koyak, butang tertanggal ke wei??

Wednesday, December 2, 2009

sudah 31

kalau ikutkan jangkaan, hari ni dah masuk minggu 31..

baru dengar suara dr. motivasi di radio entah bila, katanya salah satu petua mahu nyenyak tidur jangan susah hati, fikir masalah atau bukan².. selain yang biasa, minum susu hangat, mandi air hangat, cadar sarung bantal bersih dan wangi, tutup lampu dan maafkan orang keliling..

cuma sekarang aku mula susah tidur kerana takut..
jika pun tidur, dalam kepala fikir macam².. jadi serabut..
kaka nasihat, tak perlu takut. fikirkan apa kita akan dapat selepas semua selesai..

tapi cakap memang senang..

Wednesday, November 25, 2009

macam mana nak jadikan penantian itu menyeronokkan?

halo.. skarang jam kat handphone dah 9.40 malam..
untuk bunuh masa, mari kita taip apa2 yang kita suka..

gua skarang berada di kerusi yg sangat selesa berbanding kerusi ofis gua..
sedap gile sandar.. maklum la tempat orang..
lokasi gua hanya 5 tingkat lebih tinggi dari tmpt kerja, iaitu ofis kaka..
apa bikin kat ofis tak balik2?
kena tunggu encik suami habis kerja la, apa lagi..
kerja sampai tak ingat dunia.. ish ish ish..
mujur juga perut tak rasa lapar..

jadi di sini gua ingin kupaskan mengenai kerja lebih masa..
pelik juga tengok bos2 besar, kerja sampai lewat malam, kemudian awal pagi sambung semula..
tak ingat nak balik rumah kah?
macam mana dengan anak2, isteri?
tak teringin nak balik lepak2 depan tv layan CSI?
kalau tak minat, tengok la bola ke, cerekarama ke..
takkan tak ada langsung hal di rumah macam ada kenduri ke..
ajar anak buat matematik ke..

gaji memang tak dinafikan banyak gila..
tapi seronok ke kalau 24 jam masa di pejabat saja?
bila masa nak enjoy duit tu kalau asyik dengan meeting memanjang?

bagi gua, mungkin gua akan jadi workaholic gila kalau kerja tu best tahap gaban..
tapi ada ke kerja macam tu?
sampai satu tahap, akan jemu juga..
sampai satu tahap, akan tepu dan tak mampu nak jadi produktif macam sebelumnya..
mungkin kalau gua dapat kerja jadi manager Faizal Tahir gua kerja sampai tak mau balik..
hehehe..
tapi lama2 mesti ada benda yang tak kena.. hem..

itu kita cerita tentang orang yang bekerja lebih masa, tapi berbaloi dengan hasil yang dia terima..
macam mana pula dengan kuli macam kita?
kalau kerja rajin gila, pesen sama tak reti nak balik rumah pun..
boleh dapat bonus tiap2 bulan ke?
boleh cepat naik pangkat ke?
mungkin ada tempat macam tu tapi kebanyakannya mesti tak dapat..
yang dapat hanya penat, dan mungkin jika ikhlas bekerja kerana Allah, dapat pahala dan rezeki yang halal..
tapi kalau kerja buat, tapi mulut maki2 macam mana?
aduh... makin pikir makin kompleks..

nota kaki 1: dah habis ayat tadi, jam dah pukul 10 malam.. kaka masih tak habis lagi..

nota kaki 2: nasib baik kerusi sedap, kalo tak mesti dah lama mengamuk nak balik.. hehehe..

nota kaki 3: kerjalah anda sebelum anda dikerjakan.. ☺

Tuesday, November 24, 2009

gambar boyot gua..

gua mmg dari dulu tak suka ambik gambar..
rasanya kalau ada anugerah org yg paling tak fotogenik, mmg gua boleh bolot senang2..
tapi rasa rugi gak, kalo tak simpan gambar time tgh mengembang maksimum ni..
ye tak?



Description: Kenduri pertama pada gelombang kali ini.. masih banyak akan menyusul
Lokasi: Jengka 2, Pahang
Pengantin: Zharif & Zuraihan
Nota: Gua first time jejak kaki ke Pahang, caya tak? Selama ni pegi Genting je.. Yang tu tak kira.. hehehe.. Perjalanan melambung-lambung.. Gila siot, rasa macam nak terberanak!

Friday, November 20, 2009

How are you?

Hancur hati weh dengar orang lain nyanyi..
Suara dia terngiang-ngiang je kat telinga..

Aduh!!

tajuk apa sesuai ek?

Sapa sayang bos angkat tangan!!
Keje kat company besar ni mmg gua ada banyak bos.. (besar ke sangat? haha!)
Atas bos ada bos, atas bos kepada bos, ada bos lagi..
Tier banyak sangat..

Hari ni gua dapat tau bos yang 'paling gua sayang' kantoi mengular..
Seperti biasa, mesti dengan sahabat karib dia tu..
Jam kol 10.30 lebih kurang, dia dijumpai tengah sedap makan roti canai kat kedai mamak..
Kalo nak tau, kedai tu jauh sket dari opis, kena menapak la..
Ooo.. kalo makan kat kafe kang nampak terang-terangan lak..

Lain kali, kalo gua lak kene sound sbb turun makan, siap ko!
Saya bertindak mengikut teladan bos.. heheheh

Abang Superman, makan ubat ok..

Yay, petang ni family sampai dari kampung..
Pakcik gua jadi jugak nikah ahad ni..
Ingat boleh layan Separuh Akhir kat tv, tambah dengan komen mak yang kalah juri profesional..
Tengok2 En. Superman tak dapat perform pulak.. huwaa!!

Harap cepat sembuh ye..
Kalau Bencinta tak masuk final mmg gua sedey..
Shila, ko nyanyi elok2.. kalo takleh meh aku ganti! ☺☺☺

Wednesday, November 11, 2009

no komen


Source: Email Nazirah

Tuesday, November 10, 2009

gerak la banyak2, kalau diam ummi risau!

Aduh, tengah2 buat keje tiba² ada latihan taekwando secara live dalam perut..

Nota kaki: tak keluaq lagi pon macam dah tau pesen macam mana.. takpa, senang la gua nak kurus balik nanti.. kena ligan sana sini.. ☺☺

Friday, November 6, 2009

anak gua nanti kena bergayut kasi tinggi.. hehe..

masuk dalam lif.. biasa la kan..
sehari lebih kurang 7,8 kali gua turun naik..

tapi kalau kau dalam lif, lepas tu sorang mat saleh masuk..
tinggi dia sikit lagi nak dekat sampai bumbung..
dengan tinggi kau yang lebih rendah dari petite model antm cycle 13 tu..
tiba2 rasa macam nak bukak hikmat halimunan tak?

nota kaki: tiba2 rasa rendah diri yang amat sangat.. oh!

Tuesday, November 3, 2009

Sapa rajin urut blakang i!

Sabtu lepas, boring gile dok umah..
So kitorang pegi Rumah Pena..
Mmg tak dapat imagine langsung apa ada sana..
Sampai, hujan. Aduh, dalam gelap tu jalan pijak rumput, doa je tak jatuh tergolek..
Dengan contact lens tak pakai, hanya dapat mengendap ikut tingkap, dilindung oleh payung2, nampak sipi2 je.. Tiba2 dengar orang gelak, orang tepuk tangan..
Aku tak nampak ni wei!
Kat pintu selipar gila banyak, mesti dalam penuh.. Takpe la..
Aa.. aku nampak dila raden.. dia je yg aku kenal.. tapi sori la nak tegur.. nanti dia ingat dia glemer sangat lak.. hehehe..

Dengan keadaan perut yang tak mengizinkan.. Berdiri lama mana larat..
Sebelum pulang, kitorang beli la selai t-shirt sindiket tu..
Balik2 kaka pakai kecik, dapat kat gua la nampaknya.. ☺

Yang nak cerita ni, betapa terhadnya benda yang boleh gua buat skarang..
Berdiri tegak dengar lagu negaraku pon belum tentu habis satu lagu..
Nak berjalan, sakit gila beb tapak kaki.. Nak shopping lama2 kat Tesco pon dah tak mampu..
Separuh akhir juara lagu, kaka dah tak benarkan gua pegi, nanti anak2 terkinja-kinja.. huhu! Sedih jugak hati, meronta-ronta nak tengok abang superman perform.. takpe la.. anak punya pasal..
Duduk kat ofis, walaupun maintain tegak ikut bentuk kerusi, belakang masih sakit..
Jenuh gila nak sampai ke 5.30 waktu pulang..
Tidur, tak boleh terlentang dah.. Rasa macam kena cekik.. Kepala kena kasi tinggi.. Tak sedap tido wooii!
Hobi tidur seperti katak dah tak boleh dilakukan juga, penyek baby dalam perut..
Aduh.. Ni baru pengorbanan kecik.. Macam mana la mak kite dulu ek..

Nota kaki: Aku nak bagi cadangan kat company, kasi kerusi urut Ogawa kat ibu2 mengandung..
Baru boleh keje lebih produktip!

Tuesday, October 27, 2009

hujung tahun mmg waktu mengawan kot.. hehe




Berikut adalah semua jemputan perkahwinan yang kitorang dapat.
Semua kawan2 rapat, seboleh mungkin kena pegi. (lagipon kenduri kitorang semua datang ☺)

Dilema yang dihadapi:

1) kalau hari ni kenduri kat keramat, esok pula di kangar dan kuantan. macam mana? adakah gua masih boleh naik flight? atau inilah peluang keemasan utk gua dapat tiket penerbangan seumur hidup dengan syarikat berkenaan?

2) di kala perut sudah mencapai tahap 8 bulan, baju kurung sure dah tak muat. nampaknya gua kena borong banyak lagi baju maternity yang vouge. kenduri beb, kena la lawa2.

3) jika 6 minggu berturut-turut gua pekena nasi minyak, berapa kilo berat kah akan naik? tak pasal2 kena darah tinggi ke, kencing manis ke.. gua takmo beranak tak cukup bulan!!

Apa2 pon.. selamat pengantin baru kawan2.. Tahun depan mari sama2 kita kendong anak.. ☺☺

Monday, October 26, 2009

100 hari = 14 minggu 2 hari



100 hari je tinggal? Alamak!!

Friday, October 23, 2009

bola itu bulat

gua tak minat bola..

tapi kadang2 tengok jugak, walaupun pandangan memang tembus keluar skrin tv tu..
kalau kaka jerit gol atau frust pasukan lawan yang gol..
time tu je gua concentrate.. ooo... dah gol ek.. hhehehe

kalau kat berita announce result perlawanan, kaka paling hangin kalau diorang kata M.U menang tipis..
kalau 1-0 tu menang tipis ek..
kalau 3-2 tak tipis pulak kata dia..

gua rasa, menang is menang la..
tipis ke, nipis, tebal ke.. memang dah menang pon.. ye tak??

Wednesday, October 21, 2009

pengalaman pertama, mmg segala benda rasa nak share dengan dunia

di ambang alam ibu ni, at least ada sorang best friend lama yang boleh berkongsi cerita..
tapi antara kitorang, dia yang akan beranak dulu..
nasib baik dia dulu.. hehehe..
sama macam zaman skolah la, masa nak cucuk BCG tu tengah beratur pon boleh main tolak2..
hang la dulu, hang la dulu..

aku masih rilek ayam, barang baby ape pon tak beli..
rasa macam lama lagi, tp bila pikir balik pejam celik dah nak masuk tahun baru..
EL dah pilih hospital mana nak pergi, siap bayar deposit..
aku hospital pon tak sure lagi..

dalam SMS, aku pesan dia belajar push dari sekarang..
tapi katanya taknak pikir, sebab terbawa-bawa dalam mimpi..
siap nak pegi berak pon konfius, sakit perut ke sakit nak beranak..
takut lain teran lain yang keluar.. hehehe..
aku pon takot wehh..

hari tu baru tengok video dalam fb, pasal perkembangan bayi dalam perut..
katanya lebih kurang aku skarang, baby dah boleh mendengar dari luar..
jadi aku pon letak headphone kat perut, pasang ayat2 suci..
malu orang kata aku tak betul, siap tutup perut dengan bantal..
tapi mmg rasa tindak balas la.. dia dengar rasanya ni..
kaka kata, tak boleh dengar sangat dah lagu Faizal Tahir.. hehehehe

Anak kawan aku tu boy, sama la.. boleh lawan gusti nanti..
EL, kalo hang dah masuk hospital bagitau aku..
Kalo free nak pi melawat..
Tapi tak best, anak kita tak sama tahun..
Kalo tak boleh skolah sama-sama.. hehehe

Monday, October 19, 2009

rezeki masing2..

semalam berita kat tv gua tak tengok sangat..
ada cerita pasal student cemerlang ke ape tah..
tapi yang gua paling ingat bila orang tanya pasal tips kejayaan..
semua standard je..

"saya belajar secara konsisten"
"saya selalu berjumpa dengan pensyarah"
"saya sentiasa kekalkan hubungan baik dengan pensyarah"

boring la..
betul ke weh?
cuba la bagi jawapan yang cool sikit..

"saya tak belajar sangat pon, sebab saya memang pandai"

amacam? agak2 tv siarkan tak?

sekarang gua dah balik ke rumahku syurgaku..

tak kenal maka tak cinta..
mmg betul pon, tapi jangan tiba-tiba nak kenal suami gua pulak..
dengan dia orang lain tak boleh cinta.. hahaha..

bukan apa, sekarang gua mmg dah officially keluar dari rumah sewa..
dengan hanya 3 minggu gua dapat menambah koleksi kawan..
yang langsung tak kenal sebelum ni, dapat jadi agak rapat juga..
diorang mmg cool gua rasa, walaupun pada hari pertama gua malu kucing gila punya..
sampai hari last tu sedih pulak rasanya..

jadi, kena kenal dulu baru boleh tau orang tu macam mana..
meleset sama sekali pendapat gua masa mula2..
sebabnya, dalam telefon cakap sama mimi dengar macam jenis orang tak friendly..
sepatah gua tanya sepatah dia jawab..
last2 kitorang nak bayar duit sewa pon dia tak mau..
tapi kami sebagai manusia yg mengenang budi, bayar juga la..

ok, habis cerita pasal tu..
gua tak perlu lagi menapak ke pejabat.. maka terhenti la exercise hari2..
kena pikir cara lain utk bersenam ringan.. kasi baby senang keluar..

nota kaki: dengar radio pagi tadi, katanya ada seorang nenek pecah rekod berdengkur paling kuat. bunyi macam pesawat. rumah dia mesti bergegar ek.. ☺

Thursday, October 15, 2009

masa gua kecik dulu takde pon..



comel gile.. nanti ummi beli okay.. hihihi...

pegi open house takkan nak minum air je..

semalam gua pegi check-up..
baby semua ok.. tekanan darah ok.. tapi..
berat gua TAK OK!!!
doktor kata berat naik banyak sangat.. bahaya ni..
huwaaaaa!!!

bulan puasa hari tu berat turun, gua dah risau baby tak cukup zat..
tup2 lepas raya naik sampai 4.5 kg!!
kenaikan berat yang selamat hanya 2 kg aje..

so nak salahkan lemang dan open house ke ape?
hari ni ada makan2 kat ofis, esok kat menara..
takkan gua nak tgk je.. lapaq tau tak?
ada jugak cakap sbb obimin yg gua makan..
ada kena mengena ke?

Wednesday, October 14, 2009

Ish, tak serabai aihh..

gua kawin dengan orang kl..
kalau bawak balik kedah, mmg banyak perkataan yang buat dia gelak..
tapi gua mmg tabik, kaka mmg pandai speaking utara..
walaupun kadang2 terlebih ulu.. hahaha..

hari ni satu lagi benda lawak dia jumpa..



korang penah makan kuih serabai ni?
gua tak la minat sangat.. tapi wujud ok..
kata kaka, takdak nama elok sikit nak letak? hahaha
wallahualam.. asal usul dia mai dari mana gua tak tau la pulak..

nota kaki: silakan cuba, gerenti tak serabai punya!

Monday, October 12, 2009

nama indah untuk dia..

gua sekarang tengah berangan, pikir nak letak nama apa pada the unborn..
sbb kemungkinan besar kena beli baju biru, jadi namanya mesti mula dengan Muhammad..
tapi taknak nama yg bombastik sangat..
3 suku kata pon takmau sbb nama abahnya dah panjang..
esok penat nak isi borang okay..
kalau boleh mau nama yang tak boleh dipendekkan.. hehe..
bukan apa.. ramai kawan2.. nama punya la sedap, tapi panggilnya tah apa2..
sampai tak bunyi langsung nama asal pon mmg banyak..
penat mak ngan ayah dia pilih nama dulu..

jadi.. bila nak beli buku nama utk baby neh??!!

Mari ramai2.. penuhkan panggung..



Tengok la kawan2.. semalam kitorang dah layan..
Memang gua gelak sampai nangis campur nangis lagi..
Betul2 buat kitorang berfikir tentang pengorbanan ibu-bapa..
Macam mana nak jadi ibu dan bapa lepas ni..

Nota kaki: seriyes gua teringin nak makan papadom tu.. nak!!!

Sunday, October 11, 2009

Rumahku memang syurgaku!

Ahad, santai di rumah..
Masak makan tengahari..
Basuh, sidai dan lipat kain yang menimbun..
Kemas2 apa yang patut..
Golek2 atas tilam depan tv dengan kaka seharian..

Fuh!!!! Memang heaven!

Nota kaki: taknak balik umah sewa dah!!!

Thursday, October 8, 2009

Ting! mentol atas kepala..

sindrom terlebih tido ni mmg mempunyai effect yang susah digambarkan..
dulu gua penggemar bantal terkemuka..
tapi skarang teringat bantal pon dah bikin gua menyumpah!

kalau dah tau tido terlebih, yg pegi tido awal tu kenapa..
ha..
tu soalan yang pandai..

rumah gua duduk skarang ni selalu takde orang..
gua malas nak soal siasat diorang pegi mana atau tiba2 cakap nak ikut..
nanti diorang ingat gua ni buang tebiat..

dok sorang2, apa nak buat..
channel tv walaupun ada yang berbayar tu, bukan best sangat..
nak baca majalah, dah bape hari belek yang sama.. letih..
laptop takde.. nak main game handset dah muak..
abeh, tido la apa lagi..

tiba2 hari ni dapat idea..
kalau bagitau kaka mungkin dia kurang setuju..
gua mmg biasa hangat2 taik ayam ni..

kepada kekanda yang dirindui,
weekend ni teman saya pegi kedai, beli set cross stitch baru ek..
dulu mmg penah buat tp separuh jalan, simpan kat mana pon dah tak ingat..
tolong la.. saya janji, sebaik kekanda habis outstation nanti cross stitch tu mesti siap!
pleeeaaaasssseeeeeeeeeeeeeeee....

Wednesday, October 7, 2009

kisah malim bosan..

kisah 1.

hidup gua skarang mmg tak happening..
menumpang rumah orang (tapi bayar sewa okay..)
lampu bilik air sejak aku masuk hari tu terbakar..
asyik meraba-raba je kalau malam nak membuang..

nasib baik housemate semua okay walaupun baru berkenalan..

balik umah, jam baru pukul 8 gua dah terbongek..
tiba2 jadi mengantok walaupun teramatlah awal..
hasilnya.. gua terlebih tidur setiap hari..

kisah 2.

kaka ada di Penang..
jauh pon gua tak risau.. tapi tetiba rasa hangin pulak hari ni..
sila baca:

tapi at least mmg laki gua normal.. ☺
hehehe..
kisah 3.
hari2 gua datang kerja jalan kaki..
exercise.. bagus jugak untuk beranak nanti ye tak?
tapi yang menghanginkan gua selalu..
kebanyakan umat2 syarikat tempat gua keje ni mmg buta undang2!
kalau nampak garisan tmpt melintas, ala.. zebra crossing tu..
lagi dia tekan minyak!
naik minyak la gua jadinya..
kebanyakan pompuan lak tu.. alahai.. makcik oi.. lesen beli ke..
nasib baik ada pak guard sebagai penyelamat..
dia prittt skali.. tak berenti jugak taktau la nak cakap apa..

dulu countdown nak periksa je, skarang..



pergh, 119 days to go.. ngeri lak rasanya..
tak lama lagi tinggal 100..
tak lama lagi tinggal.. huwaaa.. takott!!

Thursday, October 1, 2009

hasil pelanggaran



remuk kereta, remuk lagi hati ini.. Oh!!

Tuesday, September 29, 2009

dah cuba berdikari, tapi kenapa macam tak benarkan aku buat begitu?

kalau dah tertulis sesuatu akan terjadi, pasti terjadi kan?

pulang dari kerja tadi, semuanya ok..
walaupun hujan baru berhenti, jalan tak sesak sangat..
dah hampir sangat dengan rumah..

sampai je tempat tu, tiba-tiba nampak ada motorsikal tergolek..
kete depan brek emergency, aku pon sempat brek.. tak langgar..
tp dum!! kena hentam dengan kete belakang..
bayangkan, macam mana perasaan aku masa tu..
keluar kete, tengok belakang mengucap panjang..
Ford 4x4 yang langgar, mau tak ranap kete..

dah la husband takde, perut boyot, kete kena hentam..
apa la dugaan..
lepas ni terpaksa menumpang rumah orang..
untuk senang pegi keje..
sebelum tu dapat berita kaka terpaksa outstation 2 bulan..

ya Allah, aku mohon segalanya dipermudahkan..

tumpah.. tumpah..

raya kat Ipoh best jugak..
penat beraya umah orang..
melantak lemang je kejenye..
kat sana takde menu lain selain lemang..
kalo kat kedah, ada jugak laksa, mee kari, bihun sup utk tukar selera..
rasanya kalo disukat lemang masuk perut aku raya pertama tu mmg jadi sebatang!

bukan nak cerita raya..
dah takde mood raya dah..

peel budak² kecik ni..
lawak dow! anak aku nanti macam mana la..
aku siap nangis sampai ketawa, eh silap.. terbalik..

ada budak kecik ni, makan eskrem conetto..
mula2 uih, bukan main layan dia makan.. sedap sungguh nampaknya..
lama2 ekskrem tu cair..
dia biar lagi, jilat, jilat..
lama2 makin cair.. sampai meleleh kat tangan dia..
bukan nak pegi bagitau abah ke, mak ke..
dia lepak je atas tangga.. (aku tgk je sambil rasa nak gelak guling2)
bukan lepak je tau, dia duduk atas tangga sambil cakap, "tumpah, tumpah, tumpah.." sambil buat muka sedih..
sila baca dalam nada puteri buluh betong dalam cerita p ramlee..

.
.
.
.

tak kelakar ke?
aku rasa macam nak gelak sampai nangis lagi skali neh!

4 hari lagi..

malam tak bole tido..
asyik2 terjaga, tengok jam..
takut terlajak, mati woo..

kenapa tak bole tido?
umah sunyi, takde orang nak sembang..
asyik cakap dengan perut je..

sampai dah muak uruskan restoran, game alam maya tu..
nak harvest tanaman tak masak lagi..
dah la guna akaun orang, sendiri takmo register..

lama lagi 4 hari tu...........

Monday, September 28, 2009

edisi gambar

*Gambar tak clear sbb handphone tak canggih*

1a) Tak ingat raya ke berapa, p pekena RFC (Radix Fried Chicken). Yang macam cheezy wedges ni namanya 'zigzag wedges'.



1b) Ayaq ni best, bagus utk aku sbb tak rasa gas pon..



1c) Nak rasa RFC, mai la Sungai Petani..☺



2) Raya ke-6 saya cukup umur. yeehaaa!!



3) Sebelum balik ke KL, sempat singgah Kuala Sepetang. Serius, jangan pegi kedai yang ramai sangat orang, tak ler sedap mana..



4) Ini anak Syam, Muhammad Akhtar Syahmi (ejaan betol kot). Umur dia 7 bulan. Shomel tahap gaban! Tak sabar tunggu baby keluar neh! hehehe..

kerja wei, dah2 la cuti tu..

hari ini mula kerja macam biasa..
tp yang tak biasa, kena balik drive sendiri dan akan jadi bujang sebulan lamanya..
oh! sangat lama..
ya, kami tak pernah jauh, jadi aku sedih juga..
kalau baby tendang malam2, nak tarik tangan sapa suruh pegang..
kalau lenguh kaki, macam sekarang sapa mau picitkan..
huwwaaa!!!

Wednesday, September 16, 2009

dam dam dam dum.. bunyi mercun..

Saat dan ketika ini, mata aku mmg tak larat diangkat..
Macam ada makhluk yang lompat² atas kelopak mata ni, suruh pejam sekarang juga!
Keinginan utk turun ke surau dan memuaskan nafsu tidur ni mmg kuat, tapi.. tahan la!
Kat office ni okkay, bukan rumah..

Mood malas macam biasa, sbb hari ni last kerja..
Malam ni nak bertolak ke rumah bonda..
Dah ready dah barang² untuk aku proses jadikan kuih raya..
Mesti siapkan semua sebelum hari sabtu, sbb tahun ni beraya ni kampung kaka..

Raya kali ni rasanya seronok dari tahun lepas..
Sebelum ni dah tak larat nak tepis soalan bila, bila, bila..
Sekarang dah ada.. alhamdulillah..
Sejak jumpa doktor semalam, macam dah ada rasa..
Tapi macam sipi² je.. Confirm tak confirm jugak la..
Maklum la takde pengalaman.. Tapi best gila wa cakap lu..
Maknanya normal dan aktif.. macam tu yang kite mau!

Malam ni kami akan bertolak, jadi radio² sekalian inilah masa yang sesuai nak main lagu Sudirman tu okkay..
Harap² perjalanan lancar..

Apa yang aku tak sabar sangat raya ni, ialah makan..
Pahit mulut yang dialami ni mmg tak tahan beb..
Teringin gila ni nak makan ketupat..
Tapi kat Ipoh mesti takde ketupat pulut.. Tok, tolong simpan kat cek tau..
Cuma mungkin hikmah balik kampung raya kedua, mana budak² yang patut aku bagi duit raya tapi tak jumpa, selamat ar!
Gaji bulan depan lambat tu.. Sengkek gila kang, duit raya tu aku la pakai nanti..

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..
Maaf kalau ada salah dan silap..
Makcik tak sabaq nak balik kampong nehh!!

Tuesday, September 15, 2009

15 September = 3 tahun

Hari ni hari ulangtahun kerja.
Sudah 3 tahun.. Tapi tak terasa pon..
Biasa, masa mmg cepat berlalu..

Setakat ni masih buat kerja yang sama, bos yang sama..
Meter bosan sudah di paras berjaga-jaga..

Bila nak ada anjakan paradigma?

Kenapa tak tendang lagi ni??


Tak besar macam perut orang lain pon..
Tapi dalam tivi tu tunjuk dia bergerak dengan sungguh aktif sekali..
Lega..
Mulai hari ni, dapat ubat baru.. Besaq gila..
Nak telan yang kecik pon payah.. Aduh..
Tak 100% confirm, tapi mungkin kena beli baju biru..
Redha aja, umi tak kisah.. keh keh keh..

Mungkin effective..


Nak elak H1N1 ke apa ni??

Friday, September 11, 2009

Kuih raya dah beli..

Ofis dah takde orang sangat..
Tengah tunggu pilot sampai je ni..
Jumaat. Best.
Weekend lagi best. hehehe..

Hari ni gaji. Gila awal.
Bagus untuk berhari raya tapi tak bagus memikirkan gaji bulan depan sayup² je..

Runsing sungguh memikirkan belanjawan..

Bila la nak kaya.. ☻☻

Yay, nampak pelangi lagi skali!

Semalam pegi bazar ramadhan TTDI..
Tengok2 depan mata ada kedai 'resepi rahsia'..
Apa lagi, beli la!!


Sedap jugak, so secara officialnya.. kes carrot cake ditutup.. ☻
nota kaki: tak pegi pon Suanson tu Zati, sbb dah nampak depan mata kan.. ngap la dulu.. maybe kek lain pulak.. hehehe..
nota kaki2: suggestion kepada kedai 'resepi rahsia'. kalau letak aising bentuk carrot atas brownies tu mesti lagi manthop! ☻☻

Thursday, September 10, 2009

Makan free memang sedap..

Semalam buka puasa kat The Spread, Gardens.
Sedap jugak..
TAPI TAKDE CARROT CAKE!


Saja letak gambar makanan, cubaan nak lupakan carrot cake tersebut, tapi tidak berjaya. Huh!

Wednesday, September 9, 2009

19 Ramadhan

Tadi berpeluang dengar ceramah Dato' Ustazah Siti Norbayah..

Kena tulis, nanti tak ingat..

4 amalan yang perlu diperbanyakkan pada bulan Ramadhan:

1) Zikir yang sempurna [maknanya secara sembunyi, jangan zikir kuat² nanti riak..]
2) Banyakkan beristiqfar
3) Banyak berdoa, mintak syurga dengan Allah [cita² kita, syurga paling tinggi, syurga Firdaus]
4) Banyak berdoa dijauhkan dari azab api neraka

Aku baru tau, waktu doa paling mustajab ialah waktu buka puasa. Jadi, tak cukup la kalau setakat bismillah, doa buka puasa/doa makan ala kadar lepas tu ngap! Rugi wo..

Lagi satu, golongan yang takkan dapat fadhilat Lailatul Qadar ada 4:

1) Orang yang minum arak
2) Orang yang tak bertegur sapa dengan saudara/kawan lebih dari 3 hari
3) Orang yang putuskan hubungan silaturrahim
4) Anak yang derhaka pada ibu bapa

Ada lebih kurang lagi 10 hari je nak puasa ni.. sempat lagi kalau nak buat.. jom!

Berita penting!

Gua mengidam carrot cake!!
Tolong!! Segigit pon jadi la.. huwaaa!!


Tuesday, September 8, 2009

Diari Ramadhan Senah..

Cerita 1
Korang mengantok tak siang2?
Takkan nak kasi alasan bangun 4 pagi masak sahur kot..
Mak aku selamba je..
Tapi tepat pukul 1, mata mmg tak larat celik..
Walau apa pon berlaku di sekeliling, dengan lafaz bismillah.. zzzZZzzZZzzzz...
Lenguh tangan kanan, tukar tangan kiri..
Cukup sejam, segar macam lepas minum isotonik revive! ☻
Risau je bantal merah aku tu penuh peta, tak pon ter-mengigau bukan².. hehe..

Cerita 2
Pegi Bazaar Ramadhan best kan?
Sebesar mana, sebanyak mana gerai.. Mesti nak tawaf 2/3 kali..
Walaupun kejap2 mengah, kejap2 nak pitam.. ☻
Tapi last2 beli soya je sebungkus, ceh!
Ada jugak yang tak bestnya -> golongan yang menggalakkan aku mengumpat dalam hati..
Ala, jenis yang seksi maut pegi beli makanan..
Saya no komen kak oi!!

Cerita 3
Berpuasa menggalakkan kita lebih bersabarkan?
Hari tu terjumpa sorang hamba Allah..
Masa tu baru je lepas azan, air tin kitorang pon belum habis minum..
Biasa la, tak jumpa kedai makan.. Beli air je la dulu..
Tiba2 dengar orang maki², gaya macam nak hempuk je mamat lagi sorang tu..
Yang maki tu seagama kita, yang kena maki tu Chinese..
Segala perkataan keluar, tangan mmg nak hayun dah tu rasanya..
Kitorang tak perasan apa punca, tapi diorang nyaris accident kot..
Yang kena maki tu suara slow je, maybe dia yang salah..
Tapi yg memaki tu, mungkin marah sangat sampai terlupa dia puasa tadi..
Malu jugak, takut orang lain fikir orang seagama kita ni ganas..
Utk aku sendiri, harapannya bulan mulia ni dapat bantu utk didik diri jadi lebih bersabar..
Apa kata?

Check List

Keje tinggal lagi 6 hari..
Lepas tu cuti yang paling best dalam kalendar tahunan..
Balik kampong waktu biasa tak sama dengan waktu ni..
Ada bunyi2 mercun, lagu raya yang syahdu dan tak syahdu..
Tambah pulak kalau shopping malam raya kat depan jam besaq tu..
Meriah woo!!

Tapi tah kenapa, tak rasa macam nak raya sangat skarang ni..
Rasa macam baru je start puasa..

Shopping?
Takde selera sangat la..
Duit pon macam kering je.. mana pegi pon taktau..
Apa lagi ek kena beli..

i) Baju raya adik - done
ii) Baju raya sendiri & suami - done [kaka pakai tahun lepas punya je]
iii) Kuih raya mak (jenis yang ada kelapa) - pending
iv) Tukar duit raya kat bank - pending [duit raya budak2 mmg downgrade ar, tahun ni]
v) Zakat fitrah - pending [kaka tak sempat pegi bayar lagi]
vi) Mercun? [nak beli ke tak.. hehehe]

Huih, nasib baik tak raya tiap2 bulan..

Monday, September 7, 2009

Pekena nasik kandaq berbuka ni best jugak..

Best gila kalau negeri sebelah cuti..
Jalan clear, orang nak lintas highway pon senang.. ahaha

Dah la lepas pekena masak lemak ketam sahur tadi..
Perfect! ☻☻

Friday, September 4, 2009

Tazkirah hari ini..

Puasa rasa cepat kan?
Dah tak lama lagi nak habis..

Memandangkan nak jadi ibu ni, banyak jugak cabaran puasa..
Kena tunjukkan contoh yang baik pada the unborn..
Susah woo! aahahaha

Skarang dah lebih kurang 4 bulan stengah..
Gua dapat super power la pulak..
Hidung dengan telinga gila tajam seh!
Volume biasa pon rasa mcm kuat sangat, bau shower gel yang dah berapa lama pakai pon tetiba busuk nak mampos..
Tak ke memerlukan kesabaran tahap tertinggi?
Dah la kat office 'meriah'nya lain macam..
Rasa macam nak tercabut telinga weh!!
Kalau merungut banyak2 kang perangai terlekat kat baby, oh tidak!!

Akhir kata,
Sekadar peringatan kita bersama.. Renung-renungkan..

"Walau dicuba sedaya upaya untuk tidak terjebak dengan dosa, sebagai manusia kita akan gagal juga. Ada dosa yang berpunca dari kita sendiri, ada juga yang didorong oleh faktor luaran. Zero dosa bukanlah target kita, tetapi target kita adalah ‘minima dosa kecil, zero dosa besar'. Kerana kita manusia dan bukan Malaikat. Akan tetapi jangan jadikan 'kemanusian' kita sebagai excuse untuk berterusan melakukan dosa, atau selesa dalam dosa."

Thursday, September 3, 2009

Bubur lambuk satu!

Orang kata the more the merrier..
Kadang² aku macam tak setuju..

Makin ramai, akan makin crowded..
Tambah pulak zaman penyakit berjangkit ni, perlu elak tempat2 macam tu..

Makin ramai juga akan makin 'meriah'..
Kalau sampai headphone pon tak dapat membantu..
Macam mana ni??

Nota kaki: Sabaq sab, nanti anak hang pulak jadi macam tu.. (huwaaa!!)

Thursday, August 27, 2009

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa..
Seronok Ramadhan kali ni, kerana insyallah boleh jadi macam lelaki..
Tak payah ganti weh.. (Kalau dapat penuh la..)

Dah 6 hari puasa..
Setakat ni steady je..
Cuma kurang kebolehan bersesak-sesak di pasar ramadhan dan kecenderungan untuk tidur sebelum berbuka itu amatlah tinggi..
Petang je jadi lembik sikit..
Pegi pasar ramadhan pon bisa pitam.. waduh!!

Malam ni, mau pulang ke kampung halaman selepas dekat 5 bulan lupa daratan..
Bestnya.............
Pakcik bas, bawak elok2 ek malam ni..
Kalau mengantuk bagitau, kitorang ganti, takde hal..
Tak sabar nak bersahur & berbuka di rumah bonda..
Walaupun dah dapat mengagak, akan di-pau habis-habisan oleh adik-adik..
Takpe la.. dulu kaklong takdak nak pau sapa..
Untung la hangpa..

Selamat menunaikan ibadah puasa tahun ini, semoga lebih baik dari tahun sebelumnya..

Tata!

Wednesday, August 26, 2009

Assalamualaikum..

Lama..

Memang dah lama gua tak update.. Tapi tu tak penting sangat..

Yang penting skarang ni gua tak puas hati!

Watak kegemaran gua kena langgar bas.. huwaaa!!

Season 6 tak keluar lagi..

Gua nak tgk sekarang!!



Oo.. Lupa nak cakap.. Cite Grey's Anatomy la.. ☻☻

Thursday, July 30, 2009

Takdir lagi kah?

Hari ni hari ke-4.. Setakat ni semua selamat..

Tapi semalam, ingat dah berjaya mengelak bencana..
Dah sampai depan rumah, dah bukak pagar..
Niat murni hanya nak buka pintu kereta..
Tiba-tiba..
Patah pulak!!!!

Apa kena dengan aku ni!!

Tuesday, July 28, 2009

Takdir, jadi harus terima..

Baru hari kedua, lampu signal dah pecah..
Typical woman driver! huh!

Monday, July 27, 2009

Minggu ni gua bujang lagi..

Gile, hari ni gua drive datang keje..
Tak penah gua buat selama ni..
Leganya ya rabbi, selamat jugak sampai..
Mungkin sebab deoderant lelaki yg gua pakai ni membantu kot..
Bau macam kaka ada kat seblah..
Ke sebab terdesak?
Entah!

Wednesday, July 22, 2009

Banyak dalam satu

Adui, tak dapat nak describe perasaan bila baca ni: http://tasikmerah.blogspot.com/2008/06/mengandung-dan-menyampah.html
Risau jugak.. kena cari pil sabar untuk stok 6 bulan lagi..

Hari tu first time jejak kaki satu kedai ni..
Orang biasa takleh masuk, atau takde keje nak masuk, atau ngeri nak masuk.
Nama kedai: "Modern Mum".
Orang kata harga dia garang sikit..
Tapi gua rembat jugak 3 helai..
Cewi beb, first time la katakan..
Tapi belum mau pakai lagi, tunggu la..

Mencabar jugak jadi isteri yang ditinggalkan akibat outstation..
Lebih mencabar lagi kerana utk ke destinasi terpaksa naik semua public transport yang ada..
Lepas naik ni, tukar yang tu, lepas tu kena tukar lagi..
Adeh, penat.
Tapi untuk membuktikan pada dunia yang gua cekal, tabah dan telus..
Takde hal la! ☻☺

Friday, July 17, 2009

Tips menarik untuk aku..

Artikel ni panjang lagi.. tapi part ni untuk aku..

Additionally, make sure you’re taking “me-time” to center yourself and focus on your body’s interactions with your baby: listen to relaxing or inspiring music, read good books, think happy thoughts, you know, all the mentally stimulating stuff that puts you in a good mood and makes your pregnancy feel like a positive experience. In other words, watching international news isn't recommended. The better you treat your body and emotions now, the healthier and happier your child will be once “they’re on the outside.”

Listen to relaxing music - erm dengar orang mengaji lagi bagus kan?

Read good books - kadang2 malas sangat la.. macam mana..

Think happy thoughts - Ni tricky sikit, aku tak sure happy sangat atau tak tapi tak pulak sedih.. Kalau tiba² rasa nak marah benda² tak masuk akal tu, macam mana pulak.. erm..

Part last tu yang best, maybe international news banyak cerita perang² kot.. Kalau selalu tgk channel AFC, AXN, HBO dengan Star World ok tak? hehehe.. Layan cite Grey Anatomy dengan House selalu, mana tau anak minat jadi doktor nanti.. ye tak?

Wednesday, July 15, 2009

Hello dunia..


Umur saya dah 11 minggu.. Yay!!

1

12 July 2009, 3 hari yang lalu. Kalau diimbas tarikh yang sama tahun lepas, time tu aku tengah gelabah menanti di masjid, peluh2 dengan baju yang berlapis-lapis dan bukan main posing depan kamera yang bergitu banyak bilangannya..

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang pertama sayang..

Hanya Tuhan yang tahu betapa bertuahnya aku dengan jodoh yang diberikan..

Harapan.. Kita dapat sambut mungkin 50 kali lagi ulangtahun..
Kalau umur panjang.. Amin!

Friday, July 10, 2009

Posto, posto!

Warkah untuk Zati.. (hahaha)

Terima kasih banyak ye kawan..
Aku dah bedal separuh bekas tadi..
Nampaknya, aku tak perlu heret cik abang balik kampung dalam masa terdekat semata-mata sebab dot dot dot..
Memang puas hati..
Cuma skarang aku malas nak pegi toilet, takut meninggalkan aroma yang 'membangkitkan' suasana tu..
Betul kata orang, kenyang perut senang hati.. hehehe..
Kirim salam kat mak ko + cakap terima kasih daun keladi..

Thursday, July 9, 2009

Cumelnyaaaaa...


Ini anak Kak Elin, umur baru 3 bulan..
Nama dia Auni Firzanah a.k.a Fifi
Muka macam abang dia, Firman..
Bestnya tgk dia tidoq! Geram!

Lagi lagi petai..

Macam ni kot rasanya mengidam..
Selalunya kalau teringin nak makan sesuatu, tp tak dapat..
Boleh je ganti dengan benda lain..
Selalunya jugak, bila dah kenyang terus lupa pasal benda nak makan tadi tu..

Tapi bab sambal petai ni, hari ni masih teringin+teringat..

Kalau la dapat balik kampung hari ni jugak..
Kalau la mak boleh pos je se-tupperware untuk aku..

Ok la, utk menyedapkan hati sendiri..
Aku akan cuba buat sendiri dulu..
Kalau still tekak+perut tak terima..
Bang... jom balik SP sekarang!!!!!!

Wednesday, July 8, 2009

Nak sambal petai mak buat!

Hari ini dalam sejarah, aku ada kat ofis lagi walaupun dah dekat pukul 7..
Kalau tidak, tak cukup time lagi dah blah balik dah.. ☻

Boring, kena tunggu kaka habis meeting..
Gila, meeting start pukul 5..
Waktu kerja sampai 5.30 sahaja ya anak²..
Kalau rajin balik lambat pon bukan dapat naik gaji atau naik pangkat..
Kalau nak dapatkan pahala lebih pon bukan balik lambat sekadar layan blog, movie atau sebarang aktiviti tiada kaitan dengan kerja.. hehehe..

Boring lagi, ym kawan yang nun jauh di Jepun..

Borak sikit je sebab dia nak mandi lepas tu nak masak..

Dia kata nak masak sambal petai + ikan salmon goreng tepung.
Huwaaaaa!!!! Aku nak!! Aku nak!!!

Eno halia takde, teh halia pon bole jugak..

Di sebuah restoran:

Aku: Bagi asam pedas ikan pari 2..

Pelayan: Akak nak set ke asam pedas saja?

Aku: Set..

Pelayan: (angguk)

Aku: Lagi, mintak kailan goreng dengan telur dadar ek..

Pelayan: (angguk lagi sambil catat)

Aku: Air pulak kasi teh halia satu, air mata kucing satu..

Pelayan: Itu je kak? Saya ulang order ye.. bla bla bla..

---------------------------------------------------------
Selepas beberapa lama menunggu, air yang kami order sampai.

Air mata kucing letak depan aku, teh halia depan kaka.

Haha.. tipikal betul, air panas mesti kasi lelaki.. kenapa ek?

(Sebenarnya sbb perut masuk angin je aku order air panas tu, kalau tidak hentam ice lemon tea ar.. hehehehe)

Friday, July 3, 2009

Nasib baik apa yang aku fikir orang lain taktau..

Banyak benda yang buat aku annoyed.
Kenapa ni?? Adoi..

Tolong la berenti risaukan aku. I'm not a damn child anymore! Just about to have one ni tau tak? Ada sorang je yang boleh risau terlebih pasal aku iaitu suami aku! (ha.. jangan sampai aku speaking london.. marah betul ni!)

Susah nak explain la, bukan tak menghargai orang yg risaukan aku tu. Tapi terlebih sangat. Please ok! Mmg buat aku rasa menyampah tahap b*b1!

Ada masanya aku menyampah dengar ringtone orang. Gile tak? Aku dah makin rasa tak masuk akal. Tapi yang tu pon aku menyampah. Dah la terhegeh-hegeh nak angkat telefon dia tu, bunyi macam hampeh! Takkan aku nak p cakap kat dia, "please change your ringtone, or else.." Gangster gila la pulak.. Jangan terasa ya kawan², bukan telefon anda.. ehehhehe

Ok la, lepas dapat tulis ni rasa lega sikit.

Nota kaki: Apa aku boleh buat untuk coolkan diri ek?

Thursday, July 2, 2009

Fakta rawak

1. Aku dah bosan dengan blog, bosan dengan warna hitam. Jadi tukar mana yang sempat.

2. Mood macam roller coster ok. Mmg kena banyak tarik nafas. Contoh: tadi tekan lif, tak sempat nak bukak habis org kat dlm dah tekan tutup. Aku tekan balik, terbuka, masuk. Hangin je aku ngan pakcik tu. Ingat lif ni ko yang pasang????????

3. Dah banyak kali masuk sini, create new post, cancel, create new post, cancel. Bosan la!!

4. Tabiat makan biasa, masih macam harimau.

5. Perut dah buncit, tp maybe bukan sbb tu kot. 2 bulan dah besar mana? tak tau.. kemungkinan besar sbb makan 5,6 kali sehari.

6. Scan kat klinik hari tu dah nampak jantung baby berdenyut ok.. best gile!

7. Semalam, aku rasa bersalah gile tak bangun kasi orang mengandung duduk dalam tren. (Aku pon mengandung jugak, tapi perut tak nampak lagi, tapi aku pening kepala kalau berdiri.) Rasa bersalah sampai sekarang, dan rasa orang sebelah aku yang bangun utk dia memang baik gile..

8. Skarang aku tengah fikir kejap lagi nak beli apa untuk dinner. Menu banyak gile dalam kepala hotak. Kesian adik ipar aku kena layan. (Note: Abang adik ipar aku tinggalkan aku, pegi Tawau tak ajak.. huwaaa!!!)

Sekian.

Friday, June 26, 2009

Bye² Black & White..

LOS ANGELES - Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the "King of Pop" and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday. He was 50. Jackson died at UCLA Medical Center in Los Angeles.

Secara zahirnya, memang En. Michael dah lama tak ada..

Cuma aku, dengan berita ini rasa perasaan luar biasa..

Waktu kecik dulu, dia la idola.. Tapi, masa tu aku paling takut video clip yang dia jadi hantu.. Thriller ek..

Dan aku paling suka, lagu yang video clipnya main gendang ramai².. Tak ingat la tajuk apa..

Macam mana pun, ajalnya sudah tiba.. Bye² King of Pop..

Thursday, June 25, 2009

pertolongan diperlukan!

Ada sesuatu yang berpusing-pusing disekeliling aku..

Kalau nyamuk mmg sudah lama penyek..
Kalau lipas mmg sudah lama aku pijak..

Pendek kata, walau apa makhluk sekalipun, pasti ada cara untuk menghentikan pusingan demi pusingan yang dilakukan itu, kecuali makhluk ini.
Sesungguhnya, kau membuat aku pening, mabuk, jengkel!

Jadi, walaupun aku pening..
Walaupun aku mabuk..
Walaupun aku jengkel..
Dia pasti akan tetap berpusing kerana, makhluk pelik itu manusia..

Wednesday, June 24, 2009

Diet seimbang untuk ibu?


Semua makanan yang 'sihat' ni aku dapat dari manusia sekeliling.
Nak bagi 'the unborn' + aku ni jadi obesiti ke?

Monday, June 22, 2009

1+1=2

Penah pegi Eagle Ranch PD?
Cantik gak ar.. Tapi jauh dari pantai..
Bilik dier best.. Macam ni:

Masa BBQ siap ada Red Indian bagai..
Dan gua dengan penuh bergaya menang hadiah nombot 2..
Ala, pertandingan karaoke kategori sapa menggigil lebih.. ☻☻
Dan hadiahnya adalah - DVD Player cap LG, sebagai hadiah rasmi sempena Hari Bapa..
Nota kaki: Mak dok masuk pertandingan nyanyi, mintak2 anak lahir nanti pandai mengaji. ☻

Tuesday, June 16, 2009

Nampak apa yang sepatutnya anda nampak?


Ya, gambar ni memang senget.
Terima kasih.

Surabaya - (update versi malas)


Perjalanan 2 jam 40 minit kot, dihabiskan dengan buat taik mata..


Kami di Hotel Bromo Permai. Semua jakun sbb sejuk, cakap mulut keluar asap.
Tak guna, pemanas air bilik gua tak menjadi, sejuk gila gaban nak mandi.
Tapi mandi jugak, sambil menjerit nyanyi lagu Negaraku.


Pemandangan Gunung Bromo. Gunung berapi tu kawan2..


Pemandangan lagi, cantik woo.. (walaupun gua pon hanya tgk gambar sahaja, sedih!)


Jeles gua tak dapat pegi wei!!.. huwaaa!


Matahari terbit, gua tengah membuta masa ni..


Memang gua jeles, tapi tido pon best gak!


Semua seronok berposing. Nampak kuda kat bawah tu?
Tu sebabnya gua tak dapek nak ikut..

Ya, kuda itu gua tak dapat naik. Terima kasih.


Orang kata ni gambar super impose. Mana ada, real neh!!


Boleh buat wallpaper ni..


Ni pon boleh..


Ini dia yang dinamakan Suroboyo.
Tempat lain gua malas nak cerita, yang paling best Gunung Bromo tu je..
Tapi gua jeles tak dapat ikut, jadi malas nak update yang lain.
Chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...