Wednesday, December 24, 2008
Tangan macam makin kronik.. cane ni..
Pastu terasa denyut samp lengan..
Hadoi.....
*mungkin cuti lama ni akan memulihkan mental dan fizikal*
*tapi kalo balik kampong pon buat keje??*
tag saya yang pertama
tag ini bertajuk, 16 perkara rawak.
syarat dan peraturannya adalah;
1. apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
.........................................................................
1. saya kipas susah mati faizal tahir. harap maklum.
2. walaupun saya tau husband saya pening dengan sifat fanatik itu, saya tidak peduli!! hihihi..
3. dulu saya tak suka Star LRT. sangat confusing!! tapi sekarang tidak lagi..
4. sangat gemar makan nasi kandaq. (oghang utagha kanz..) bila sebut saja sudah lapar tiba², oh no!!
5. kegemaran lain, karoke!! pantang dengar ada pertandingan sangat gedik nak masuk. pernah menang dulu. sudah lama. tapi kini saya menurut perintah suami. suara aurat. ☻
6. ratu air mata.
7. sangat seram + takut dengar lagu dari penjara, yg femes dlm youtube tu.. tak tau kenapa..
8. kalau tak jumpa faizal tahir, cakap pong pang pong pang. tapi bila ada depan mata terus jadi gagap, malu, pilu! bila dah berlalu, baru menyesal tak sudah. sangat hampeh!
9. sangat buta arah. jangan tanya jalan pada saya.. sungguh tidak ingat!
10. tak reti bawak kete manual. auto pon loqlaq, manual apatah lagi..
11. anak pertama dalam keluarga. sedih skarang sbb tinggal jauh dari keluarga.
12. tidak suka (ke takut sebenarnya..) dengan cerita² tahyul/seram/ganaz tahap gaban. sebab saya pencinta keamanan.
13. perangai tak senonoh saya - liat/malas mandi.. huhu!! air perlu dijimatkan..
14. ingin lihat britney spears jadi 'orang' semula dan lindsay lohan keluar dari kancah lesbonisme..
15. dah lama tak tgk cite hindustan.. hem.. kena tgk segera neh. bila tonton adegan menari-nari atas gunung tu rasa seperti dalam dunia khayalan saya.
16. teringin nak pakai contact lens kaler kali.. tp tidak mendapat keizinan.. huhu!
.........................................................................
16 orang yg dihasut:
1. adah
2. adah
3. adah
4. adah
5. zati
6. zati
7. zati
8. zati
9. kak ayu
10. kak ayu
11. kak ayu
12. kak ayu
13. nazirah
14. mommyloveu
15. liepan
16. kelambu
Nota kaki: Cukup, 16 dah! ☻
Rasa dilamun cinta? v2
Aku ceritakan pada kaka tentang coklat ceri..
Yg aku terima -- ketawa tahap dewa!
Yg bestnya aku dapat ciuman di pipi dan dahi..
Katanya.. alahai... tak cukup kasih sayang ke..
Maka, aku kasi sebiji utk dirasa..
Aku tanya, betul tak? rasa tak??
Katanya, tak rasa in love, tapi rasa mao make love..
Hahahahhahahahahaha
Lelaki..
Tuesday, December 23, 2008
Rasa dilamun cinta?
Sedap!
Sebab utama haruslah kerana free, orang kasi (adah, thanks..)
Tak tahan tu, adah kata.. "Sedapnya.. rasa dilamun cinta.."
Aku pon apa lagi, nak rasa.. nak rasa..
Akhirnya aku setuju.. ♥♥♥
Kawan², rasa cherry sama dengan rasa dilamun cinta.. Sungguh!!!
Mood rajin.. mood rajin.. jangan lari..
(Sambil mengangkat tangan ke udara, cuma dengan mata yang tidak sepet dan tangan digawangkan mengikut rentak lagu Don't Stop The Music...)
Idea mencurah-curah ibarat empangan pecah..
Saya dengan yakin dan positifnya.. K-Bank udah siap!!!!!!!!
Sangat gembira.. *wink* *wink*
Sangat jarang saya siapkan kerja jika tidak dihambat deadline..
Hoyehhh!!!
Perihal filem..
Monday, December 22, 2008
Carpal Tunnel Syndrome (akhirnya..)
Skarang ni rajin tetiba sbb buhsan tunggu kaka..Kompom lambat balik ari ni.. Biasa la, aku lebih rela tulis blog dari buat keje.. (K-bank la apa lagi..)
Jari aku mmg sakit sejak tak ingat bila..
Jari telunjuk.. yg selalu guna utk click mouse..
Dah urut² sendiri, suruh kaka urut.. tapi still sakit.. atau lebih tepat.. lenguh..
So macam risau la skarang.. Apa yg tak kena ni..Sampai kena tukar guna jari tengah pulak nak tekan mouse tu..
Carpal tunnel syndrome (CTS);
It’s the result of overworking your hands performing repetitive (motion) task all day long. Eventually, the stress and strain of constantly doing the same thing with your hands causes the (9) tendons that run through the carpal tunnel your wrist into your hand to become swollen.
Swelling of tendons (swollen tenosynovium) from overuse puts pressure on the median nerve resulting in tingling and numbness in your thumb, index and middle fingers.
Symptoms:
Many people that have carpal tunnel syndrome have gradually increasing symptoms over time. The first symptoms of CTS may appear when sleeping and typically include numbness and paresthesia (a burning and tingling sensation) in the thumb, index, and middle fingers, although some patients may experience symptoms in the palm as well.
These symptoms appear at night because we tend to bend our wrists when we sleep, which further compresses the carpal tunnel.
Patients may note that they "drop things". It is unclear if carpal tunnel syndrome creates problems holding things, but it does increase sweating, which decreases friction between an object and the skin.
In early stages of CTS individuals often mistakenly blame the tingling and numbness on restricted blood circulation. They may also be at ease and accepting of the symptoms and believe their hands are simply “falling asleep”. In chronic cases, there may be wasting of the thenar muscles (the body of muscles which are connected to the thumb), weakness of palmar abduction of the thumb (difficulty bringing the thumb away from the hand).
Unless numbness or paresthesia are among the predominant symptoms, it is unlikely the symptoms are primarily caused by carpal tunnel syndrome. In effect, pain of any type, location, or severity with the absence of significant numbness or paresthesia is not likely to fall under this diagnosis.
Prevention:
Current best evidence suggests that carpal tunnel syndrome is an inherent, structural disease determined primarily by one's genes. Therefore, carpal tunnel syndrome is probably not preventable.
Take frequent breaks from repetitive movement such as computer keyboard usage or use of browser based games that encourage the user for excessive finger movement.
Reduce your force and relax your grip. Most people use more force than needed to perform many tasks involving the hands. If your work involves a cash register, for instance, hit the keys softly. For prolonged handwriting, use a big pen with an oversized, soft grip adapter and free-flowing ink. This way you won't have to grip the pen tightly or press as hard on the paper.
Take frequent breaks. Every 15 to 20 minutes give your hands and wrists a break by gently stretching and bending them. Alternate tasks when possible. If you use equipment that vibrates or that requires you to exert a great amount of force, taking breaks is even more important.
Watch your form. Avoid bending your wrist all the way up or down. A relaxed middle position is best. If you use a keyboard, keep it at elbow height or slightly lower.
Improve your posture. Incorrect posture can cause your shoulders to roll forward. When your shoulders are in this position, your neck and shoulder muscles are shortened, compressing nerves in your neck. This can affect your wrists, fingers and hands.
Keep your hands warm. You're more likely to develop hand pain and stiffness if you work in a cold environment. If you can't control the temperature at work, put on fingerless gloves that keep your hands and wrists warm.
Nota kaki:
Adus.. takut pulak baca ni.. sebelum ni nampak mcm sgt teknikal artikel ni.. tapi sbb rasa macam ada simptom² tu tetiba jadi paham semua..
Huwaaaaaaaaaaaaaa.............
Menunggu pulang..
Pulang nanti, seperti biasa geng Tesco akan memulakan operasi..
Apa lagi barang dah habeh kat umah ni.. (sambil membayangkan isi perut peti sejuk yg sangat sejuk itew)
Apa nak buat ni?
Keje tinggal 2 hari sebelum cuti gile lama best tak terhingga..
Dokumen K-Bank baru siap seketul, yg group belum.. (aduh.. malas.. bile tarikh tutup ek?)
Malam ni nak ajak kaka karok lagi.. (gile la, kalo beli karoke jamban tu seketul letak kat umah layan gak.. mahal tak?)
Budak shomel..
Birth Name: Shia Saide LaBeouf
Height: 5' 9¼" (1.76 m)
Friday, December 19, 2008
Bebelan ku.. vol 2
Kan biasa, kalau membebel mesti panjang dan tah ape² kan..
Masih ttg dia..
Pagi tadi, perasaan bersalah datang..
Sampai dia terpaksa hantar aku ke pejabat gara² lambat..
Bukan apa.. Ku pikirkan pukul 7 masih sempat utk aku seterika pakaian, mandi dan sediakan sarapan..
Kadang² aku fikirkan, aku hanya selalu menyusahkan..
Lagi, selalu aku rasa terharu dan terfikir apakah perkara baik yg telah aku lakukan sehingga dapat aku seorang lelaki sebaik dia..
Apakan tidak, terpaksa menahan karenah aku yg gilakan artis pujaan..
Yg masih kurang dgn ilmu² rumahtangga..
Dan pendek kata segala serba kekurangan..
Memang.. aku sangat moody sehari dua ini..
Cemburu dengan apa yg orang lain ada dan aku tidak ada..
Dem!
Sedangkan, aku tidak terkena tragedi tanah runtuh itu..
Jauh sekali terlibat dengan peperangan..
Aku bukannya artis, yg sentiasa terdedah dgn gosip yg tidak²..
Ahli keluarga semua sihat sejahtera..
Masih cukup makan dan pakai..
Jadi apa masalah sebenarnya?????
Bebelan ku..
Sepagi ini, aku hanya habiskan masa membaca blog..
Memang aku tau.. aku bukan pekerja yg rajin, dah la baru, tak sedar diri, malas..
Adakalanya rajin juga, tp betul2 tiada mood hari ni..
Ada data baru, mau dibikin seperti apa yg diminta, tapi tidak mau jadi..
Ada lagi masalahnya.. tidak pandai + malas mau pikir..
Dalam otak ada macam2.. serabut.. sangat serabut..
Setelah sekian lama agak sibuk, tak sempat mau baca blog² kegemaran..
Hari ni aku habiskan baca cerita fynn..
Sungguh, dia mmg berbakat.. tapi entrinya panjaaaangg...... amat..
Penat juga mata, tapi meh aku puji lagi.. berbakat, titik.
Baca cerita²nya buat aku berfikir.. betul² berfikir..
Dalam kekecewaan ini, dengan kata² orang tua.. kehendak diri sendiri..
Otak mula kalut memikirkan hikmah² yg tersedia..
Walaupun hanya utk sedapkan hati.. asal tidak menangis di sini..
Betapa aku kalut memikirkan aku akan ditinggalkan keseorangan dirumah nanti..
Walau dikata tidak pandai berdikari, peduli apa??
Siapa yg tahu hidup aku??
Sekian lama hidup di negeri orang, jauh dari perlindungan ibu-bapa.. aku hanya mengharap jagaan dia..
Dan bila dengar ura² itu menjadi kenyataan, aku jadi kalut, kalut amat!
Pernah aku menangis di depannya.. seingat aku juga, tangisan itu tak diendahkan..
Sungguh, aku takut..
Bagaimana utk pergi-pulang kerja sendiri mungkin boleh walaupun mesti penat..
Bagaimana utk memaksa mata terpejam bila sedar hanya aku seorang dirumah itu..
Bagaimana nanti bila aku rindu untuk jamu makan dia, utk perkara² lain juga..
Tapi, bila dibaca semula seperti tiada ada yg perlu ditakutkan..
Entah..
Bila serabut, mmg semua susah..
Bila fynn cerita ttg suami dia.. Aku juga teringat suami aku..
Comel.. kadang² dia buat perkara comel.. geram!!
Bila balik kerja, bila lambat buka pagar juga dibebelnya..
Bebel manja, aku tau.. layankan aja..
Dia sering kata, aku kalau diganggu ketika tidur buat perkara pelik..
Kalu dia cium pipi aku, akan aku lapkan, dah kalihkan badan.. ye ke??
Mana sedar..
Dia juga, selalu tidur menghadap dinding.. macam nak dipeluknya dinding tu..
Mana aci.. Tapi katanya dinding sejuk.. sbb kipas siling berat ke arah aku..
Alasan jugakkan tu.. sama la kita..
Jika kamu² pening apa yg aku ingin sampaikan..
Aku juga.. kerana dalam kepala sekarang ada macam² cerita..
Semuanya bercampur dan tidak tahu mana nak ditayangkan dahulu..
Sungguh, aku kusut!
Thursday, December 18, 2008
Mendung lagi..
Sedih + rasa ingin menangis, menjerit!!..
Perlukah aku pejam mata, supaya berita baik utk mereka itu aku tidak nampak..
Agar berita buruk aku hilang dari ingatan..
Aku perlukan sesuatu utk memulihkan rasa..
Tapi apa??
Sunday, December 14, 2008
Cicakman pulak..
Geram siot..
Uban lak tu..
Nota kaki: Apa akan jadi kalo dengan selamba tolong cabutkan?
Monday, December 8, 2008
Los dan Faun
Nota kaki: Mungkin filem arahan Afdlin dgn Yusry KRU je yg gua akan nonton dilain kali.. Untuk mengelakkan makian yg tak terbendung ketika keluar panggung..
Sunday, December 7, 2008
Aku dah cakap dah!!
Wednesday, December 3, 2008
Jumaat, jangan jam pleaseee....
abeh keje kol 5, pastu nak rempit ke shah alam..
tapi rempit pakai kete takleh laju.. sbb dijangka byk halangan di jalan raya..
aku perlukan sayap.. ☻☻
Tuesday, December 2, 2008
Lega hati sket beb..
Tgh sedap layan ikan, ayam, potato salad yg best dan segala macam..
Tetiba mak mertua gua tegur.. biasa, statement yg menggerunkan gua iaitu gua dah gemok!!
Mmg berat pon dah sampai ke paras siling..
Takmo turun² dah.. Seluar yg dulunya longgar pon dah padat.. So kompom gua sudah gemok..
Huwaaaa..
Semalam ptg kebetulan balik awal, tetiba kaka bagi cadangan p jogging..
Yeah!! that's what i need bebeh..
So apa lagi, kami bersenam ok..
Tapi dalam 20 minit je pg taman sbb dah hampir maghrib..
Kira ok la dari melepak, makan tido kan..
Tetiba tadi jumpa ex-bos gua..
"Eh, lama tak jumpa.. kenapa u makin kurus??"
Huaaaaaaaaa... Ni plak statement yg bisa mengembangkan idong gua..
Takkan jogging skali dah kurus..?? hihihi..
Sunday, November 30, 2008
Filem melayu, filem melayu..
Tadi dah tgk.. adusss.. tu je la komen gua.. sekian..
Friday, November 28, 2008
Yang penting ikhtiar..
Thursday, November 27, 2008
Apa sudah jadi??
Aku bukan minat pada mawi, tp persis peminat mawi..??
Anda faham?
Sindromnya, walau hujan ribut, petir melanda aku tetap jadi pengikutnya.. *sigh*
Aku sudah muak, jemu utk bersesak-sesak..
Hampir sebulan barangkali itu menjadi rutin aku..
Aku tau, aku tidak layak utk merungut atau mempersoalkan..
Tapi........
Wednesday, November 26, 2008
Penyakit alaf baru..
Semalam dapat email pasal tu.. tetiba cuak lak, maklum la keje hari² mengadap PC, mouse mmg tak lepas.. kalo lepas pon time makan, p toilet, solat ngan masa menaip je..
Kiranya mouse dengan tangan ni mmg tak bole dipisahkan..
Nak letak gambar dier, tp geli + ngeri la tunjuk dia bedah tu.. ayo..
tapi katanya punca sbb kesalahan penggunaan mouse.. betul ke?
Saya akan baca betul2 maksudnya di wikipedia dan huraikan di sini nanti.. ☻
Monday, November 24, 2008
ok, malam ni tido awal..
Macam dalam KL ni dah takde tempat lepak/merendek yg best la..
Walaupun kadang2 rasa nak sangat ajak kaka kuar.. tp masalahnya takde idea nak ke mana..
isk isk isk..
Asyik² Tesco, asyik² Tesco.. ☻☻
Masalah Tesco ni bukan jenis boleh window shopping..
Kitorang ni lak jenis suka memenuhkan troli.. mmg ngam la tu!!
Gua ada tanya kaka, dulu² kita selalu pg mana ek?
Bole kata tiap² malam kuar..
Dia kata, dulu kita kuar makan..
A'ah la.. skang dah makan gua masak, abeh apa kejadahnya nak lepak makan lagi..
Maka kami sering kebuntuan kerana masalah ini..
Semalam ahad, kitorang macam biasa pegi Tesco, shopping sakan..
Dalam otak ligat pikir mana nak pegi ari ni..
Takkan nak p jenjalan kat taman bunga kot.. nak tgk menatang kat zoo?? tak ngam dgn personaliti gua.. nak tgk wayang?? baru je berkobar nak ajak kaka tgk cite Antoo Fighter tengok² lom kuar lagi.. abeh camno??
Akhirnya malam gile baru kitorang dapat ilham mana nak pegi.. tu pon dah kol 10 lebey kot..
Destinasi: News KTV (betul ke bang?)
Kat situ jumpa si Julia Hana.. seksi gak ar..
Pastu bila tgk pengkarok-pengkarok yg lain berpakaian ala² dia..
Tetiba rasa macam tak in.. mcm makcik je gua rasa.. tapi takpe.. aurat mesti dijaga.. hahaha
Pegi karok pon ngan husband, dibenarkan dengar suara lemak merdu berkrim gua neh..
Kiranya mlm tu gua rasa sgt happening.. Dapat layan lagu2 yg gua ske, sbb agak update pilihan² lagunya..
Samp abeh sora jugak la hentam lagu Elyana.. mcm senang je lagu dia, tp nyanyi tgk.. adus..
Lagu ♥Faizal Tahir♥ dgn lagu Letto pon gua dendangkan jugak..
Juga macam tak in.. sbb lelaki biasa guna low note byk.. hahaha
Nota kaki: Sudahnya semalam tido lambat, pastu mimpi budak kiut cite "KAMI" tu berlatar belakangkan lagu Letto.. Apekah............
Thursday, November 20, 2008
Mesti menang salah satu, caya la cakap gua..
Kehilangan..
Selalunya dia tolong roh orang, tp kali ni roh husband sendiri ada depan mata..
Tuesday, November 18, 2008
Esok balik!!!!
Tapi disebalik kegembiraan utk pulang ke rumah, ke dalam dakapan suami (hahaha), masih ada rasa pening2 lalat memikirkan keje yg taktau macam mana nak catch up bila masok ofis nanti.. (mati la aku..)
Masihkah ada sinar utk aku dapatkan kerja yg seronok?
Yg boleh buat aku tak sabar nak pegi keje?
Yg akan buatkan aku keje dengan seikhlas hati dan se-efficient mungkin??
Monday, November 17, 2008
Nota jiwang (hihihi)
So aku pikir, tak salah kalo aku pon nak buat jugak.. ahak!!
Bukan nak tiru, tp ni mungkin cara terbaik nak luahkan rasa yg terpendam.. ewah!
Maklum la, nak cakap depan2 macam malu dan tah ape2 je..
Dan, kalo ada yg meluat ke apa.. alah, jeles la tu!!
Macam biasa, blog aku, suka ati sape?? aku....
Dah berjauhan ni, apa lagi..
Rindu la kat awak..
Ingatkan cam rilek je tapi mana bole.. tak biasa tido sorang key!!! huhuhu..
I'm tortured!!!!!!
Ingat aku nak sangat pegi ke? adui..
Dah la rasa macam bodoh!
It's not fair!!
Sunday, November 16, 2008
Weekend yg best!!
Weekend ni gua betol2 hepi..!!
Family terchenta datang KL, tido umah gua, majlis pertunangan pakcik dah selesai, sempat p Genting bawak mak walaupun dia takut, dan pendek kata terlepas rindu gua kat dorg..
Tapi adik gua lagi sorang takde.. (abangah, tak best la tak mai.. tak cukup korum..)
Bila dorg balik, gua sgt syahdu.. rasa cam nak nangis.. adoi.. (mmg dah nangis sket tp control.. huhu!!)
Dah tu 3 hari akan dtg gua akan berada di PD..
Nanti mesti rindu kat kaka.. huwaaaaaaaa!!!!!!!!!!!
Training ape tah, harap2 tak bosan sbb dlm tentative ada tulis aktiviti samp malam.. aduhh..
Harap2 tensen pala hotak dapat release dan gua dapat tido malam.. (maklum la kan.. bantal pelok takdak..) kwang3x..
Thursday, November 13, 2008
Mual?? Muntah??
Aku rilek je..
Tebalik kuang plak??
Jangan2 harapan palsu lagi..
Betul ke??? Tiiidakkkkk!!!!
Katanya pegi tengok wayang, dan jumpa artis kegemaran saya..
Dapat bergambar bersama..
Saya: Ohhh tidakkkkk!!! jelesnyaaaa!!! (dengan muka sayu)
Dia dengan sorang artis ni..
Saya: Tak berapa kisah sgt, yg penting artis kegemaran saya saja!
Tapi mereka berdua, dan katanya artis kegemaran kamu itu dah bercerai..
Saya: (Mata agak terbeliak) Xtau ponnnn!!! Bila!!! Betul ke?? Tak caya laaaaaaa.....
*Memang teruk aku ni.. Mcm budak2 minat artis..*
*Tapi tulisan ini adalah versi dramatik.. Situasi sebenar, saya kool saja.. apadehal?? Ahak!*
Wednesday, November 12, 2008
Makan gaji buta aja!!!!
Bos lagi sorang kata.. "A'ah, sebelum meeting ni aku dah tau.. mesti punya.."
Aku: Ingat aku sorang je ingat bos kepada bos ni tak reti apa.. Bos pon dah kata macam tu.. Memang betul la.. Yang dia tau tido masa meeting, pastu suruh kuli batak dia ni la buat seme.. (isk, agak kasar bunyinya.. tapi geram ni!!!).. Bila orang tanya semua taktau.. Kalo la kitorang ni takde, tak petak dia jadinya?
Macam mana nak memimpin kalo pemimpin mmg tak reti berfungsi sebagai pemimpin??
Hai.. sindrom yg tak dapat dihapuskan..
Tuesday, November 11, 2008
Mari ubah persepsi..
"Pemandu Wanita"
Aku juga wanita.. mungkin tergolong dalam golongan "itu" kalau kaka bagi stereng kereta..
hahaha.. penakut masalahnya.. skarang dah lama tak bawak kereta - sbb sejak lesen P mati, belom renew lagi..
Walaupun aku tak cekap, tp sakit hati kalo tgk org lain bwk cenggitu.. bole tak?
Lebih kurang tak sedar diri la jugak..
Antara cenggitu yg aku maksudkan tu:
1) Dok lane kanan sekali, tp lembap!! Penah skali aku jumpa, ada makcik ni bawak slow gile pastu bila org high-beam ke hon ke dia marah org tu balik.. adoi..
2) Teori kaka, kalo nampak kete yg bagi signal lama gila tp tak masuk2.. pompuan la maknanya tu.. aku rasa ni mesti disebabkan dia berhemah.. nak masuk simpang 1km sebelum dah bg signal kot..
3) Main tukar lane suka ati.. aku pon bengkek gak.. biasanya kalo kitorang atas moto, tgh agak laju tu tetiba je kete masuk.. hai.. mmg hangin!!
4) Ni kejadian depan mata, tengah nak belok tetiba kete depan naik divider.. (bila tgk driver, "patutla...."). Tp ni aku pon penah.. kwang3x..
Bukan nak mengutuk kaum sendiri atau apa, dan aku pon mengaku lebih kurang je macam tu.. tapi.. membahayakan sebenarnya.. ramai ke macam tu ek?
Aku penah je naik kete dgn kawan2 pompuan, dorang drive cekap je.. dalam hati aku kagum.. maknanya lebih ramai yg cekap dari tidak.. disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga..
Dan, bukan takde lelaki yg juga loqlaq macam tu.. setiap kali jumpa aku akan cakap pada kaka "alah.. lelaki pon sama la..."
Kesimpulannya cuma 1, berhati-hati di jalan raya.. Anda mampu mengubahnya..
Monday, November 10, 2008
Sedutan menarik minggu lepas..
Maka, saya akan coretkan ringkasan peristiwa² yg berlaku utk tatapan diri sendiri dikala boring.. (apekah??)
*Bukan mengikut turutan, yg mana ingat je ni*
a) Dapat email mengenai event ini.. maka tersenyum sendiri mengenangkan kenangan indah kami bertempiaran di sekitar kota Kuala Lumpur dulu.. Race sakan ditengah matahari terik, smp muka jadi merah macam lobster di-BBQ dan tidak lupa menang tmpt ke-4!! Kemenangan yg amat diluar jangkaan, namun.. Terubok Rock!!
b) Aku berjaya menahan diri dari memaki sepenuh hati mamat mana tah yg begitu menduga kesabaran aku.. (Kisah sebenar mungkin akan diceritakan sepenuhnya di masa hadapan jika identiti sebenar mangkuk tu dapat dikenalpasti)
c) Dapat pekena naan cheese yg lazat setelah frust beberapa kali.. (bukan mengidam okeh??).. Lepas tu tetiba rasa pening dan mual.. adoi.. (bukan juga berbadan dua, dijangka berpunca dari naan cheese tersebut).. :)
d) Berjaya meng-iron baju kaka utk seminggu.. Wah, saya amat bangga dgn diri sendiri kerana amat rajin minggu ini.. (tepuk tangan sendiri..)
e) Layan cite "Game Plan" kat star movies semalam.. Best gile!! CD dia dah lama beli tp tak tgk² lagi.. Ensem ek The Rock tu?? hehehe
f) Ada sedikit masalah berkenaan kerja dan mungkin akan menjejaskan prestasi tahun ini.. (mati gue...). Harap dah setel dan akan bertahan lebih lama dari 2 hari.. "Allah dah tetapkan rezeki, kalau tak dapat kali ini mungkin Dia janjikan lebih lagi nanti.."
Tak dapat recall dah perkara lain lagi..
*Lega, lepas tulih entri ni.. Macam beban dah dicampak jauh²..*
*Betapa hebat penangan blog..*
Thursday, November 6, 2008
Ngigau..
Adus.. kena gelak tak berenti.. asyik sebut je pasal tu selagi dia ingat..
Tahan je la..
Baru je semalam kejadian terbaru..
Adoi.. mana gua sedar beb..
Tah ape2 aku cakap..
Pastu apa lagi, Kaka sedap ar mengutuk..
Aku rasa mesti sbb dia ni..
Dulu mana ada aku ngigau sgt..
Skarang je kerap jadi..
Mmg takde reason lain la ni..
*ahak!!*
Tuesday, November 4, 2008
Apa lagi penyakit orang kawin neh??
Kan kan kan??
Dah beberapa hari aku ada 1 masalah..
Tetiba makin teruk, smp menangis takleh tido malam ahad hari tu..
Maka bila tiba hari isnin, aku pon ke klinik..
Takot batu karang di tengah lautan ke apa ke..
Dalam hati, kompom aku MC ari ni.. hooorayy!! (padahal sakit tu..)
Check air kencing seme.. Last2 aku disahkan ada penyakit org baru kawin..
ahhahahahaha.. tah ape2 la..
Doktor kata "air kencing awak kotor gile"..
Ada kaitan jugak dengan hubungan **** katanya..
Sbb awal2 lagi dia dah tanya dah kawin ke belum..
Aku pon dengan tersipu-sipu malu angguk je..
Kwang3x..
So kesimpulannya.. Minum air 8 gelas sehari.. NO EXCUSE!!
Thursday, October 30, 2008
I'm about to blow up, very soon..
Lagi skali lu sengih macam tu depan muka gua, mmg gua mengamuk!!!
(Maaf jika bahasa terlalu kasar, ini adalah ruangan luahan hati gua.. Takde kena mengena dengan anda semua)
I really am about to blow up!!
Or my system can shut down very very soon..
The stress was too much for me..
Memang gua tak larat..
Mungkin empangan air mata tak boleh tahan lama..
Perlu menangis atau menjerit utk lepaskan rasa..
Mungkin hormon bebal terlebih hari ni..
Wednesday, October 29, 2008
Sakitnya....
Jadi kenapa kamu ambil juga??
Jadi, gi mana ni..
(baca dengan nada pelat indonesia)
Tuesday, October 28, 2008
Saya plan untuk lari..
Nak prepare presentation utk dato' tuuut...
Hj tuuutt mintak attend sekali..
Aku: Pukul berapa meeting tu?
"Tak sure lagi, tapi kena stay back kejap je..
Mungkin pukul 5 lebih.."
Ahh.. Semua mesti guna ayat "nak prepare utk dato" atau apa supaya benda tu nampak urgencynya..
Tapi, saya mau pulang awal.. Abang, tolong jangan beri izin.. hihi..
Nak mengeluh lebih², kamu hanya makan gaji maka mesti patuh..
Jika report itu yg diminta, harus dibikin ikut kehendaknya..
Walaupun report yang lebih kurang sama, hanya format yang sedikit berbeda..
Walaupun reportnya, perlu dibuat dalam 10 versi yang berbeda.. Turutkan saja..
Tuhan, berikan aku kekuatan kesabaran..
Tapi, aku ingin lari petang ini..
Tepat 5.30 sesudah tanggungjawab wajibku di pejabat selesai..
Akan ku lari sekuat hati ke LRT.. Jika ditelefon, jangan diangkat..
Aku sudah pulang!! yeeehaaa!!
Monday, October 27, 2008
Tajuknya apa?
Aku terfikir, bagaimana dengan aku?
Bila tahu berita gembira kamu, tahniah.. Sungguh murah rezeki kamu,
Bagaimana pula dengan aku?
Bila diteliti bait-bait indah yg terzahir itu,
Aku tidak mampu menghasilkan seperti itu..
Bila teringat kehidupan indah masa lalu..
Rindu..
Ingin ku kembali buat seketika, namun keindahan hari ini tidak kurang, malah amat kusyukuri nikmatMu..
Wednesday, October 22, 2008
Ada apa dengan Mawi??????
*Mawi umum tarikh kawin die..*
Aku: Ada aku kesah?
Kalau cite pasal Superman Malaysia..
Aku: Hari bertambah ceria.. hahahaha..
Saya bukan poket doraemon..
Kalo poket doraemon bole la seluk je kuar apa yg korang nak.. seluk lagi kuar lagi..
Aduih..
Sekian keluhan hati seorang hamba Allah yg tensen..
Tuesday, October 21, 2008
Kawan saya baru beli kamera.. woot.. woot..
Dia baru beli kamera..
Monday, October 20, 2008
Hari ini saya banyak entri..
Muzik background M. Nasir di pejabat mengundang perasaan aman..
Tapi dengan aman ini kenapa masih di takuk ini??
Perangai buruk saya, suka bertangguh..
Bagaimana mahu berubah?? Sudah dicuba, tp mungkin kurang usaha..
Atau tiada langsung usaha??
Bagaimana memberi keutamaan pada yang utama?
* Yang saya paling risau, bagaimana jika laman ini sudah tidak boleh dilayari lagi..
* Pada siapa akan diceritakan rasa ini..........
Tiada tajuk..
*Suka hati dia la!!*
2. Apa salahnya ikut beri padanya..
Walau hanya aku yg tergilakan karyanya..
Walau orang popular itu tidak kenal aku..
Selamat hari lahir kamu!
Hujan itu rahmat..
Dah banyak kali jugak la aku jd pemerhati, menafsir hikmah tersembunyi di sebalik hujan..
Bukan apa, selalu kena tunggu kaka kat Masjid Jamek time hujan lebat tu..
Org kata penantian satu penyeksaan kan, so to keep myself busy, sibuk analyze org lalu kiri kanan..Kalo la percakapan dalam hati ngan otak aku ni boleh bluetooth tros masok blog ni, mmg dah berjela2 la.. Sure korang tak larat baca..
Hikmah 1:
* Memberi rezeki pada penjual payung*
Memang mantap promosi golongan ni.. Setiap manusia yg lalu, dia akan ulang line ni.."Payung 5 ringgit, 5 ringgit payung"..Walaupun diterbalikkan ayat itew, mesej disebaliknya sama.. diorang ni kiranya mengambil kesempatan di atas keadaan cuaca utk melariskan perniagaan.. tak salah pon kan..Tapi, ish.. tak penat ke kak oi.. kalo ujan 5 jam.. 5 jam tu la dia dok menjerit.. (mana tak jerit, nak lawan bunyi hujan lebat tu kan..)
Hikmah 2:
* Org lelaki bole cuci mata*
Erm.. ni rasanya kena tukar kategori, bukan hikmah tapi bala.. hahahahaha
Gile ke apa, awek2 ni selamba angkat kain sampai paha.. adus.. aku selaku wanita melayu terakhir mmg malu tgk umat Islam macam tu.. isk isk isk..
Hikmah 3:
*Rezeki pada pengeluar sabun basuh*
Mana taknya, kalo time kering mungkin ada pakaian kita tu bole guna lagi utk esok..
Tp kalo dah basah kuyup tu cane, kena la basuh.. So, makin cepat la sabun basuh habeh, makin kerap la kena beli sabun.. huhu!!
Hikmah 4:
*Rezeki pada kedai jual mesin basuh dan tukang repair mesin basuh*
Kalo dah hari2 basuh baju, mesin basuh mahal macam mana pon mesti cepat jahanam.. tol tak?
Kalo org byk duit, rosak tros beli baru.. kalo yg duit tak bape banyak mesti anta repair tol tak?
Tak rezeki namanya tu??
Hikmah 5:
*Semakin ramai la pengguna proton dan juga cap kereta yg lain*
Mana tau, ada org manyak duit, tp takmo beli kete.. asyik kebasahan je hari² dia pon naik fed-up.. last² beli kete.. makin bertambah la jam kat KL neh.. tp makin kaya la org jual kete tu..
Selain tu mesti la hikmah pada tumbuh-tumbuhan, haiwan dan lain2 lagi..
Friday, October 17, 2008
Apa yg best hari ni?
Makanan jamuan tetiba jadi bertambah sedap..
Sekian..
Thursday, October 16, 2008
Muzik apa anda suka?
"Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.
Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Rindu mulai terasa.
Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?
Wowo,Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua.
Cuba ku dalami,Sampai termimpi mimpi,
Namun apa yang ku jumpa,Semuanya sama.
Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?
Wowo,Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Ini semua dugaan Nya"
* Menarik ar lirik ni.. tambah pulak penyanyi dia ni, nyanyi macam rilek gile..
tak besusah payah langsung.. nak tarik sana tarik sini ke..
Memang berbeza la dari lagu zaman dulu.. zaman rock kapak tu..
Aku selalu gak dengar, mula2 terpaksa, last2 terbiasa..
Sebabnya.. kaka peminat setia sinar fm.. carta fulamak mak mak mak.. hahaha
Dengar nama kumpulan pon dah sayu, scoin, spoon, success, scan... aih.. awat seme start ngan s neh..
Lirik lak tu seme sedih, kena tinggal kekasih, kekasih curang, pendek kata semuanya membawa mood sayu, pilu, hiba.. ohhhh!!
Cuba baca lirik kat atas, kalo tau nyanyi skali..
Simple, cite pasal dilema org yg kena paksa jadi askar..
Baru la tak sayu.. ^_^
Wednesday, October 15, 2008
sudah bukan zamannya..
Nikmat sebuah ice blended..
Monday, October 13, 2008
Kali pertama pulang lewat selepas 3 bulan..
Bestnya jadi bos, boleh order apa saja tanpa kira masa..
Atau bosan jadi bos, selalu sangat kerja lebih masa..
Tp kalau nak dibandingkan ganjaran gajinya, memang patut..
Ini kali pertama sejak 3 bulan yg lalu..
Lebih baik aku balik dari melakukan kerja amal ini selalu..
Baru tadi dapat panggilan kaka, lapar katanya..
Sungguh rasa bersalah, "sori sayang, hari ni terpaksa.. esok masak key"..
Tapi apa yg aku buat stayback kat office dan tambah entri pulak ni..
Server yg diharap-harap menjadi penyelamat utk pulang awal tiba2 tak betul hari ni..
Down dari tghari dan masih tak ok lagi..
Kalau samp kol 9 pon tak ok lagi macam mana??
Hem.. terpaksa gunakan hanya apa yg ada..
.........................................
Padan muka, akhirnya akan jadi penunggu setia samp game badminton habis malam ni..
Samp jam 12 katanya.. busuk dah badan ni.. adui..
Sunday, October 12, 2008
Dimana budi bahasa orang Melayu?
Jadi aku ingin bercerita tentang sesuatu..
Perkara telah agak lama berlaku, tetapi tiba2 teringat tentangnya..
Terjadi, ketika kami ke panggung ingin menonton Senario..
Pendapat ikhlasku, tidak menarik..
Tiada apa yg istimewa walaupun kali ini hasil tangan Ahmad Idham..
Sebenarnya aku tertanya-tanya dimana perginya budi bahasa?
Hanya lebih kurang 200 meter dari panggung wayang..
Sedang berjalan, terserempak seorang perempuan sedang dukung anaknya..
Tiba2 kasut si anak jatuh, tetapi si ibu tidak perasan..
Kami panggil si ibu beberapa kali, dan aku ambil kasut itu dan beri padanya..
Malangnya, dengan tidak memandang muka aku, dia ambil dengan kasar..
Sambil marah pada anaknya yg masih kecil, "lain kali pakai kasut!!"..
Aku terpinga-pinga dan terus naik marah..
Kenapa begitu??
Apa salahnya anak kecil itu?
Apa salah aku atas insiden itu?
..............................
Berbagai persoalan namun pokok pangkalnya hanya satu..
Budi bahasa orang Melayu..
KAMI
Friday, October 10, 2008
Aik, tak jadi nak pindah ke?
Ke sebab seme bersemangat lps cuti lama?
Ke mood aku dah ok?
Aku tau, nak kata aku bersemangat tipu sgtZ!!
Masuk keje rabu, dah dekat deadline..
So seme sibuk push aku nak itu nak ini..
Tgh kalut2 tu lupa la pasal pindah2 ni seme..
Tu sbbnya.. bukan mood aku dah ok..
Nawaitu mesti diteruskan.. Go bedah go!
Wednesday, October 8, 2008
Rayaku sewangi taik lembu, sesembelit sembilu!
* Gambar 3: Remaja tua gumbira gile main bunga api.. hahaha.. cumel!!
[III]
Macam biasa, misi bikin kuih raya kat umah..
[IV]
Semuanya gembira, aku dengan senang hati menghulur duit raya..
Tok dan wan aku juga mendapat ahli keluarga baru, happy tak terkata..
Pekena ketupat dgn rendang + kari daging yg mmg tak terkata juga..
Tapi malangnya kami makan dengan penuh aroma..
Aroma terapi kata mereka.. (Sembelih jugak lembu sebelah ni kang!!!)
Friday, September 26, 2008
raya oh raya..
raya pertama kat kampung aku dulu!! yay!!
nasib baik.. kalo tak sure meraung, ratu air mata ni bukan bole..
tgh malam ni dalam kol 1 ke 2 pagi ke akan bertolak ke Sungai Petani..
tanah tumpah darahku..
harap2 tak jam..
nota bawah skali:
mak!! tunggu cek balik..
adik2 ku sekalian, tolong jangan pau kaklong.. pau abg amir skali key!
Y^.^Y
happy birthday september..
Thursday, September 25, 2008
Tarikh daku dilahirkan
Apa ek yg aku dah accomplish stakat ni..
Hemm...
*to have the best husband in the world, that's the best accomplishment for me!!
*wink* *wink*
Wednesday, September 24, 2008
Tukar angin.. mesti best!
macam saham company yg tak naik²..
macam otromen punya lampu yg bekelip-kelip..
macam enset takde bateri..
macam senja dimana mentari semakin menghilang.. (ewah!)
maybe dulu² gua dah set mind, kena tukar dept bila cukup 2 taon..
sifu gua gak yg ajar camtu..
opis ni dah ilang keindahan..
sinar FM dah ilang, sebaik saja gua jejak kaki kat floor ni..
buat keje separuh hati je.. so result dia pon paham² je la..
gua pelik jugak, mungkin org² zaman sekarang ni, sentiasa mahukan perubahan..
macam situasi politik skarang la lebey kurang..
org skarang dah makin pandai demand..
kalo tgk contoh mak gua, dia rilek je buat keje yg sama bertaon-taon..
baru² ni je naik pangkat tp keje still sama..
so macam mana dgn masalah gua ni..
gua mmg dah jadi petak skang neh.. buat keje yg sama mmg bole buat gua biol..
tp nak pindah ke mana? kena ada target tu..
takut gak kuar mulut harimau masok mulut naga..
atau gua perlu pikir cara camana nak jadikan keje ni interesting??
masalahnya gua malas nak pikir!! hahahaha
buntu beb, buntu!!
kalau berterusan tak produktif camni.. apa la nak jadi..
*ya Allah, tolong berikan petunjuk padaku.. Amin..
Cewi buat kuih raya..
masa bujang, buat gak kuih tu pon mak paksa..
hhehe.. tak la paksa pon, tp jalankan tanggungjawab sebagai anak yg berdedikasi..
walaupun tak dok ngan family, bila blk nak raya tu akan buat la kuih wajib umah tu..
skarang dah tak bujang lagi
mmg gile cewi beb, sbb buat benda baru
contoh benda baru yg gua jakun sgt tu adalah dlm bidang masakan
masak bagi gua lepas 2 bulan lebih ni bukan benda yg horror lagi
dulu mmg gua nebes setiap kali diberi tugasan tu..
cuak je takot ada yg keracunan samp bebuih mulut..
tp kini tidak lagi..
masak mmg selamba bomba.. hahaha
disamping mencuba resepi online, gua juga ada resipi hentam keromo yg agak sukses juga..
maknanya daya imaginasi gua makin meningkat la kot.. masak ikut logik org kata..
dikala ramadhan dah hampir habis ni..
dikala lagu raya makin kerap berkumandang..
dikala mak gua pon dah tanya bila nak balik kampung..
gua rasa adalah kemestian mencuba utk buat kuih raya yg tak penah try sebelum ni pula..
walaupun nk cari bahan susah sket (tesco asyik abeh stok)..
skarg ni tiap malam kena buat la.. takot tak smpt nnt, xleh nak tayang hasil kerja kt kampong..
so dgn suksesnya 1 jenis kuih gua buat semalam..
pergh.. dgn mendapat pujian dr kaka.. gua mmg makin teruja..
kat opis pon dok pikir nak blk.. (nak buat kuih.. nak buat kuih..)
tp yg magisnya, gua buat hari sabtu lps rasa lain, yg buat semlm rasa lain pulak..
hentam la.. mungkin faktor hari cuti dan hari kerja membuatkan hasil kerja makin baik (tah hape²!)
nota bawah skali: apa lagi, mai la open house gua nnt kalo mao rasa.. Y^.^Y
Monday, September 22, 2008
dem!!!!!!!!!!!!
Kan dah melepas lagi.. ya rabbi............ lembap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kan dah kene tunggu ramadhan taon depan......... isk!!!!!!!!!!!!!!
tu pon kalo umor panjang.........
emo neh!!!!!!!!!!!
*padan muka aku!
sangka baik je, gerenti aman..
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah
disangka riak
Orang yang relax
disangka malas
Orang yang pakai baju baru
disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk
disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak
disangka pelahap
Orang makan sikit
disangka kedekut
Orang baik
disangka buruk
Orang buruk
disangka baik
Orang senyum
disangka mengejek
Orang masam
disangka merajuk
Orang bermuzakarah
disangka mengumpat
Orang diam
disangka sombong
Orang menawan
disangka pakai susuk
Orang nampak ceria
disangka membela
mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
**jadi, janganlah kita berburuk sangka..
“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu”
Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.
Friday, September 19, 2008
****ada yg tak kena..
Penat badan dan penat otak..
Terasa kehidupan kurang bermakna, jika hari-hari dilalui begini..
Mungkin aku perlu buat sesuatu utk mengubahnya..
Tapi apa???
Thursday, September 18, 2008
Riwayat pemandu motosikal..
Kini kitorang pya pengangkutan utama ke pejabat -- sebiji Honda Ex5..
Kelebihan naik moto;
1) Minyak save
2) Bole mencelah
3) Nak p opis, takyah kuar awal.. Kejap je samp..
4) Bole mengeratkan hubungan ngan pemandu.. (haha!)
5) Jam free.. (cam sama ngan point 2, takpe la..)
6) Ada peluang dpt title minah rempit (tah hape²!)
Kekurangan naik moto;
1) Lebih terdedah kepada bahaya
2) Lebih terdedah kepada hujan
3) Lebih terdedah kepada road-block
Kesimpulannya, naik moto mmg sangat terdedah.. Ikut pengalaman gua la, yg paling ngeri part kat highway pastu lori kat seblah.. Ngeri siot tgk tayar dier.. Mengucap je gua..
Skarg ni, dah la baru dpt brita member kitorang accident samp patah bahu..
Tambah lagi kadar kecuakkan gua tu.. Macam biasa, kete yg langgar tu lari la.. dia guna konsep Touch & Go..
Kalo ujan lak, mmg gua teringat dialog Que Haidar dlm KL Menjerit 1.. "Macam ni la nasib penunggang motosikal, kalau jam kita lepas, kalau hujan.. sendiri mao ingat la!" (gua olah semula ikut sedap mulut..)
Tapi dari segi kebaikan, pagi² odw nak p opis tu syok la sbb bole melepasi deretan kete² yg sesak gile tak hengat kat jalan² utama KL neh..
Dari observation gua, 90% kete atas jalan pagi² seme hanya ada sorg didlmnya.. Cuba bayangkan kalo seme penduduk KL ni ada kete sorang sebijik, pastu seme kuar pada masa yg sama.. bole begerak ke??
So kitorang diantara manusia yg berusaha mengelak keadaan tu.. tp pg keje je la.. kuar time lain kete kuarkan ar dari frame.. hehe..
Lagi 1, sementara gua masih kurus bole la naik moto.. Nanti kalo dah gumok takleh.. (hahaha)
Lagi observation gua.. penunggang moto ni sebenarnya perlu ada skill yg hebat..
Ingat senang nak cilok gua, gua cilok lu? Tambah time jam padat gile, kete besimpang siur..
Kaka mmg hebat skill tu.. dia ada sikit darah rempit dalam badan..
Samp ada sorg bos kat opis ni pelik cane kitorang leh samp dlm 20 minit je dr umah.. dia pon dekat umah kitorng tp dia amik masa 40 minit.. maknanya dia tak cukup kadar rempit dlm badan la tu..
So, kesimpulannya naik kete ke moto ke kene bertimbang rasa atas jalan tol tak..
Kalo tgh traffic light ke, kalo bole kete jgn la dok tgh², lane kanan bukan lane kiri pon bukan..
kene bagi can kat kawan² yg terdedah pada segalanya ni..
p/s: Kaka ada kata nak beli moto baru, yg lagi laju dr Ex5.. Gulp!! (cuak gak neh..)
Wednesday, September 17, 2008
Ape cite?
Tuesday, September 16, 2008
Cilok banner ek..
Lepak umah best woo...
Kalo dulu, time berchenta mmg nak je kuar..
Kadang² takde idea pon nak p mana, tp still nak ajak 'kaka' kuar..
Paling takde sgt pon buat alasan tingin nak makan nasi kandaq.. so bole la ajak kaka lepak Pelita.. (peberet gua..)
Tp skarg ni, mana dia pegi gua malas gileeee nak ikut..
Penyakit kuat tido gua pon dah mai balik.. Malam baru kol 8, tp gua dah nguap tahap takleh stop..
So, selalunya gua memilih utk layan bantal @ layan tv dari menemani kaka kuar..
Kdg2 gua pikir gua terlalu mementingkan tido..
Tp kalo tak cukup tido, dtg keje mmg gile lemau.. So cane?
Semalam gua kuatkan tekad dan semangat, ikut kaka pegi lepak NZ ngan sekutu² sekalian..
Jam 12.30 br gerak balik umah..
Samp je umah, 5 minit kemudian gua tros tido sbb kang kol 4 lebih nak bangun masak sahur..
Cuba kira bape jam je tu.. Adoi..
Hasilnya, hari ni kat opis mata layu nak mampos.. hehehe
So gua amik keputusan, bulan Ramadhan ni takyah ikut kuar kecuali weekend..
Bulan tak posa, insyaAllah ikut.. heheheh (mst kaka tak caya..) ♥♥♥
Monday, September 15, 2008
Sabar lagi sabrina..
nak buat keje ni......... Ya Allah, kuatkanlah imanku ini..
Macam title tu kan.. nama aku ada kaitan dgn kesabaran..
Tp kadang2.. aku struggle sikit dalam bab² ni.. nape la cepat bengang sangat..
Tp dalam hati je la.. Tp kadang² tergambar gak kat muka..
Maklum la, spesis susah sorok perasaan ni kan.. mmg slalu kantoi ar..
Seblum ni aku ada cite pasal orang² yg suka cakap pakai speaker kan..
Hari ni jadi bende lebey kurang la.. Tp ni jenis yg suka cite benda sama over and over and over and over again!!!!!
Lps sorang, sorang lagi dia story bende tu..
Call after call after call..
Aku dengar la sbb jarak dgn tempat kejadian gile dekat.. Adoiyai!!!
Cam biasa, aku bersyukur manusia mencipta alat pekup telinga itu..
Fuhhh........
Saturday, September 13, 2008
Friday, September 12, 2008
Daku kuciwa!!
A. Cuba lagi
B. Give-up je la!
C. Tak kisah la..
D. Semua tak..
Hem.. Jawapan aku, harap2 nnt tak kuciwa lagi..
Thursday, September 11, 2008
Sabaq........
Tp aku rasa nak mencarut ni!!!!!!!!! Cane??????????????????????????
Wednesday, September 10, 2008
Mendung..
Ada ketikanya hati ini juga mendung..
Aku yg melihat juga merasa kesedihan itu..
Inikan pula mereka yg menanggungnya..
Sabarlah.. Moga cahaya akan terbit bila mendung itu berlalu pergi..
Monday, September 8, 2008
Kenapa semua org ckp guna volume max ni??
kena byk dengar bacaan ayat-ayat suci..
so, aku dah tak dgr headphone dah.. pc² jiran ada yg bukak ngaji..
sejuk telinga dgr..
tapi............
ada ketikanya makhluk Allah disekeliling ni nak share cite dorg ngan aku..
mak ai, aku tak tanya nape nak kasi aku dgr..
kuat sungguh.. tetiba hati jadi panas..
kebetulan skali skala mmg si speaker ada dtg sini..
ish, aku ngamuk kang masalah lak..
so takde cara len aku pekup la gak headphone tu kt telinga..
layan je lagu kejap..
dorang blah nnt dgr ngaji balik..
camana pon, headphone jd penyelamat lagi.. ♥♥♥
Result tugas penting dan mencabar aku..
Mcm senang kan?? So gua rilek2, start masak lambat..
Last² jadi chaotic gile! Gile time cite Upin & Ipin dah on-air tu lauk lom siap!!
Mmg tensen beb!! Kesian adik ipar 2 org..
Tp hasilnya ok ar!! Tekak gua rasa sedap je..
2-2 lauk tu baru first time masak.. (caya tak??)
So gua bangga dengan diri sendiri.. hahahaha
Tp tetiba gua tingat kata² dari sapa tah..
Skang kalo masak tak ikut tekak gua dah.. kena ikut tekak suami..
Tah la, nampak dia makan tambah je..
Dan katanya ikan stim sedap.. hehehhe.. Lega..................
* Lepas ni kena beli periuk kukus la.. sedap kanz......... huuhuhuhu
Sunday, September 7, 2008
Tugas penting dan mencabar!!
Ramai takde sbb anta adik ipar ke asrama..
Yg tinggal aku, hubby + beberapa org adik dia..
Maknanya ape?? Gua kene masak makanan berbuka ari ni!!
Apa yg masalah sgt?? Selalu pon gua tgk resipi gak..
Masalahnya sudah semestinya pressure beb!
Selalu masak kt umah sendiri, 2 mulut je nak makan..
In case tak sedap ke, apa2 kurang ke tak byk mulut yg rasa..
Kali ni?? Huwaaaaa... Kang mak balik mesti tanya, along masak sedap tak?
Gulp!!!
So, apa resipi ari ni?
Ikan siakap stim?
Ayam lak nak masak ape?
Sayur ada kailan..
Ok, sedap ke tak nantikan entri gua esok key!
Thursday, September 4, 2008
Puasa apa cite??
Hem.. taon ni best.. almaklumla taon pertama kan..
First puasa ari tu kitorang kt kampong.. pergh.. layan gile puasa ngan family..
Time buka puasa mana makan kat meja makan, lepak bawah je lapik ngan paper..
Duduk keliling ngan pinggan sebijik sorg.. taon ni ada ahli keluarga baru plak tu, mmg meriah la!
Tp setakat 2 hari je boley stay kampong.. hari berikutnya dah balik kl..
Huwaaaaaa...
Bila kat kl ni, berdua je la ngan abg.. takpon weeken balik umah mertua..
Nasib aku la kampong jauh, nak buat cane..
Stakat ni lom sempat lagi nak masak juadah berbuka..
Balik keje kalo rempit smpt ar kot.. tp kalo naik kete agak2 dah nak azan br samp cane nak masak..
Tp azam misti mao masak ar.. dah byk resipi amik neh!
hehehehehe..
Friday, August 29, 2008
Minatgiler..
Hari tu ada bukak kat tv, tp cam boring gua tutup je..
kalo la tau..
tp.. rambut makin rebonding.. make-up seme tu..
argghhhhh... gua tak suka tu seme!!
Tp.. gua peminat tegar..
walau ada yg tak gemar.. keep on rockin bebeh!!
Selamat Hari Merdeka..
Part paling touching bila si anak memeluk abah.. bila impian utk menyambung pelajaran abah tunaikan..
Nyaris menitik air mata ni.. touching gile..
Selamat Hari Kemerdekaan ke-51..
Semoga Malaysia kekal merdeka!
Balik kampong...
4 hari pertama pg training..
*Training bg gua ada 2 makna:
1)Kalo mmg gua apply, then gile semangat la nak menambah ilmu..
2)Ni jenis gua tak apply, training coordinator buat ke, smart oren ke.. ni namanya masa makan angin.. hahaha.. (kalo bos tau siap gua neh!)
Hari ke 5 siap dgn jamuan seme (abeh masa stengah hari makan je).. ptg mao balik kampong!!
hooray!!!!!!!
Gua nak citer ar ni perkara menarik berlaku spjg minggu nan indah ini..
*First day trening.. gile la gua sorang je pompuan.. yg len seme pakcik.. adui.. buhsan!
topik lak gile teknikal.. adoi.. takpe, sabar beb! nampaknya gua hanya mampu bg perhatian sejam stengah je.. lps tu gua mula conteng2 kertas, men game enset, layan sms ngan berangan..
gile gua tak paham.. walaupun puas perah otak, ttp takleh terima.. mmg takde kena mengena ngan keje aku.. patut pg yg overview je, adoiyai!!
Dipendekkan cite, gua blah awal walau pada hakikatnya kitorang dipaksa tunggu walau instructor takde.. apekah?? aku dgn semangat tun fatimahnya selamba blah balik.. buat pe buang masa, baik gua balik tido..
Ending cite ni, elok2 dah samp Cempaka dgn harapan leh tido, gua last2 silap naik bas.. tak pasal2 jadi tourist, pusing Ampang 1 pusingan penuh.. siot tol!! ni namanya tulah! org kata jgn ponteng, ko ponteng gak.. padan muko den!
*Last day trening di MMC, standard ar abis awal.. ni bukan gua ponteng ar.. mmg abeh kol 3 lebih.. so dengan bahagianya gua mao pulang.. selamat samp ke Masjid Jamek.. dlm tren menuju ke destinasi, tetiba gua dgr ada org kata "Apa khabar.." dgn slang ala².. aku pon toleh dgn muka serius.. waduh, ada sorg mamat negro tegur aku.. isk.. dgn hati yg masih trauma dgn insiden Pakistan satu masa dulu.. gua senyum gak la.. maklum la nak portray keramahan rakyat Malaysia.. last² dia ajak borak.. tp soklan2 general la.. dia ckp dia dr negara ape tah..
"i never heard of it, sorry..", kata aku..
"it was near france, in fact our main language is french..", kata dia sambil demo sket kat aku bahasa dia..
wah.. mmg sedap la dengar kan.. tp cam nak tegeliat lidah ar..
lagi, dia bgtau nama dia George.. aku malas nak tanya byk2.. takut la kan..
last2 bila samp stesen aku, aku mintak diri..
Kesimpulannya, apa2 pon kita kena berhati-hati.. tak sure la dia tu ada niat lain atau sekadar bertegur sapa.. jgn baik sgt la, sbb zaman skarang ni macam2 bole jadi.. tp nasib baik English gua baekk punya ari tu.. kalo tak malu la, macam iklan NSTP tu kan..
Yang penting ptg ni kitorang akan bergerak ke Utara, jumpa ibu bapa sanak saudara.. best siot.. belom nak balik raya lagi tu.. huhuhu..
Thursday, August 21, 2008
My good deed for the day..
Camana nak buat sambal belacan sempoi??
Aku mmg sayang dier lebih dr mak sedara yg len.. sbb dialah yg menjaga aku dari kecik, masa parents aku p gheja..
Ari tu aku ada tanya dia camana nak bikin sambal belacan superrbb..
Sbb dia mmg pakar bab tu.. kalo dia buat mmg menjilat tangan kaki la.. huhuhu..
So dia tanya aku dpt tak msg dia yg panjang berjela explain pasal tu..
Dan nampaknya aku tak dapat.. So aku pon bgtau takpe la, ujung bln ni mao blk kampong..
so bole la singgah umah dia kat Penang..
Yg lawaknya, ni jawapan dia..
"ok.. lg pun kalu x buat demo smbai 2 tetap x sempoi.."
hahahahahahahahahaa.. kenapa tah aku nak tegelak dgn pekataan sempoi tu..
mmg org Penang betoi la maklang aku neh..
so.. aku akan cuba praktikkan pekataan tu dlm percakapan harian..
sempoi....!!!
Wednesday, August 20, 2008
komentar ttg filem..
mesti kat panggung ar.. port ttp aku ngan hubby (dulu time berchenta, pakwe la kan..) mesti TGV KLCC..
maklumla dekat ngan kolej.. KLCC mmg umah nombot 2 la..
tak kisah cite apa, asal kuar tgk wayang, asal kuar tgk wayang..
siap kumpul tiket tu seme.. boleh kalah semua pengumpul stem berkaliber sekalipun..
sbb tiket wayang gua lagi byk..
yang pelik tu, mana dtg duit.. keje tak.. still blaja..
dapat duit pinjaman pon byk mana sgt la, kjp je abeh..
ooo... sumbernya sudah semestinya PA&MA.. time nak mintak call buat suara sedih..
"ayah.. mak.. cek tak cukup duit la, boh sket bole?"..
betapa skarg gua sedar gua dah byk susahkan mak bapak.. (tetiba sayu hati dan nak nangis.. huwaa!!! nak balik kampong!!!)
ok berbalik pada komentar filem kita..
habit aku skang, time lunch tapau nasi makan dpn pc..
so takkan nak makan sambil tatap je wallpaper faizal tahir tu kan..
skali2 bukak movie la sepam dua.. baru sdp makan nasik!
ari tu gua layan cite "Lelaki Seterika" atau bahasa omputehnya Iron Man..
fuh.. best gile, lagipon hero dia tu ensem sesangat! awww!!
antara scene² menarik yg gua suka:
*masa first dia sedar lps kena bom tu.. siap tarik wayar pjg gile dr idung dier.. aduii.. gua ngeri part ni.. dah la tgh makan.. ishhh!!
*pastu gua ske watak pakcik yg tolong dia build robot masa dlm tahanan tu.. kesian je tgk.. tp last² mati.. sedey gak ar..
*kan lepas dia dah berjaya lari dr geng jahat tu.. first thing yg dia mintak --> american cheese burger. tetiba gua tepikir, kalo la ter-stranded kat mana² lama gila, pastu dpt balik umah perkara pertama aku nak makan.. laksa buatan mak gua arr!!
*pastu part si seterika ni panggil pembantu dia.. soalan dia "how big is your hand"? ingat nak buat ape, rupanya suruh seluk lubang kat dada dia tu.. haiya.. nape aku pilih movie ni utk tgk samb makan..
*lagi.. masa tgh terbang tu siap boleh jawab call.. mmg gempak la talian telefon mudah alih die.. kat langit pon coverage baikk pya..
pendek kata, cite ni menghiburkan.. lagipon kalo cite tak best, tp hero dia ensem gua mesti ckp best, jgn risau.. huhuhu.. so sesapa yg lom tgk cite ni tgk ar.. layan..........